Permohonan Jawatan Guru DG41 MRSM MARA. Berita baik khusus kepada anda yang berkelayakan, mohon sekarang untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41.
Sukacita dimaklumkan bahawa kini MARA memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal , kreatif dan inovatif serta komitmen ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan dalam mengangkat martabat bangsa. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di institusi-institusi pendidikan MARA di seluruh Malaysia.
Berikut merupakan butiran jawatan yang ditawarkan:
Tarikh Tutup Permohonan
24 Januari 2019
Syarat Lantikan Utama
Taraf/Jawatan
Tetap/Kontrak
Umur
Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Cara Memohon
Layari Sistem Permohonan Jawatan dalam MARA secara Online di SINI atau klik pada ikon di bawah:
Peringatan Sebelum Mengisi Borang Permohonan
Sila Baca Dengan Teliti Sebelum Mengisi Borang | |
Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat – Syarat Jawatan Dipenuhi. | |
Hanya Satu Permohonan Sahaja Dibenarkan Untuk Setiap Permohonan. | |
Sila Pastikan Maklumat Anda Diisi Dengan Lengkap Dan Sempurna Sebelum Hantar. | |
Calon-calon yang Disenarai Pendek Sahaja Yang Akan Dihubungi. | |
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), Seseorang Pemohon Yang Memberi Maklumat Palsu Atau Mengelirukan Dalam Borang Pemohonan Jika Disabit Kesalahan Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun Atau Didenda Dua Ribu Ringgit Malaysia Atau Kedua-duanya Sekali. | |
Saya Akui Bahawa Maklumat Yang Diberi Adalah Benar Dan Sekiranya Maklumat Itu Didapati Palsu, Permohonan Saya Akan Terbatal Dan Jika Saya Telah Ditawarkan, Perkhidmatan Saya Akan Ditamatkan Serta-merta. |
Kaedah Pelaksanaan
Muat turun Iklan Permohonan Jawatan ini DI SINI
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Jawatan Guru DG41 MRSM MARAÂ memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.