Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah dan Menengah 2019 dibuka. Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong Terkini hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Nama Majikan: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Lokasi Kekosongan: Pulau Pinang
Tarikh Tutup Permohonan: Dibuka Sepanjang Tahun
Maklumat Jawatan Kosong:
Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
GURU GANTI MENENGAH & RENDAH
Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.
Keperluan & Kelayakan Memohon:
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Berperwatakan menarik
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
Kelebihan:- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti Tahunan
- Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.
Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk makluman, mana-mana calon yang berminat utk menjadi guru ganti boleh membuat permohonan melalui:
1. Mengisi borang permohonan (warna biru) yg boleh didapati di kaunter PPDTL atau
2. Mengisi permohonan online melalui link yang disediakan di bawah.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga. Bagi sesi temuduga, calon akan dinilai berdasarkan instrumen dan bahan PAK21 yang dilampirkan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:
1. Umur:
18 tahun hingga 30 tahun bagi bukan siswazah dan hingga 35 tahun bagi siswazah.
2. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya sijil SPM iaitu:
– Lulus Ujian Lisan BM
– Kepujian BM & BI (bagi subjek DLP)
– Kepujian 3 subjek lain termasuk subjek dipohon.
3. Calon yang memiliki sijil STPM, Diploma dan Ijazah amat digalakkan untuk memohon.
KADAR ELAUN
Elaun guru ganti dibayar harian bekerja mengikut kadar kelulusan tertinggi:
- SPM – RM54/hari
- STPM/DIPLOMA – RM72/hari
- Ijazah – RM100/hari
STATUS JAWATAN
Kontrak @ Pekerja Sambilan Harian.
Tempoh lantikan adalah min. 1 bulan dan maks. 2 bulan bagi setiap kali lantikan.
(Boleh dilantik semula jika terdapat kekosongan dan peruntukan yang ada)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sepanjang tahun. Kerana status jawatan adalah kontrak dan calon yang mengisi kebanyakannya adalah bersifat sementara iaitu menunggu mendapat pekerjaan tetap.
LINK PERMOHONAN GURU GANTI
Sila klik gambar di bawah untuk mengisi borang permohonan yang telah dinyatakan.
Borang Permohonan Guru Ganti 2019 Kini Tersedia
Untuk dapatkan borang permohonan guru ganti di seluruh Malaysia, boleh cuba dapatkan borang-borang tersebut disini.
BORANG PERMOHONAN OLEH INDIVIDU
Borang GG2019-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2019
SUMBER:
PENUTUP
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah dan Menengah 2019 dibuka memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.