Permohonan EGTukar Tahun 2019

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Table of Contents

Permohonan EGTukar Tahun 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini berkaitan EGTukar. Berita baik untuk guru yang ingin membuat permohonan pertukaran di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah.

Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan
oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi
Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa
kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri,
Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sehubungan dengan itu, permohonan pertukaran guru melalui sistem EGTukar akan dibuka bermula Februari 2019 dan akan ditutup pada Mac 2019 di pautan EGTukar. Maklumat dan informasi lebih lanjut akan admin maklumkan kepada anda semua sekiranya terdapat perubahan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

SILA KLIK IKON DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN EGTUKAR

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan EGTukar Tahun 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.