Muat turun dan install aplikasi eKehadiran Murid di smartphone anda SEKARANG

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Muat turun dan Install Aplikasi eKehadiran Murid di smartphone anda SEKARANG. Perkara ini berikutan dengan insiatif KPM yang menyatakan bahawa segala urusan perekodan kehadiran murid ke sekolah adalah melalui sistem secara dalam talian (online) sahaja berkuat kuasa 14 Januari 2019.

Sehubungan dengan itu, Buku Jadual Kedatangan Murid tidak lagi digunakan. Berita baik juga kepada guru-guru, anda boleh membuat perekodan kehadiran murid-murid anda hanya dengan memuat turun aplikasi smartphone yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinamakan sebagai aplikasi mudah alih eKehadiran Murid.

Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekodkan kehadiran murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna.

Modul Utama:

  1. Guru kelas mengemaskini kehadiran murid di kelas pada setiap sesi persekolahan
  2. Guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memasang aplikasi ini pada smartphone anda sama ada versi android atau iOS melalui pautan muat turun di bawah (klik gambar ikon)

eKehadiran untuk Pengguna Android

eKehadiran untuk Pengguna iOS

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Muat turun dan install aplikasi eKehadiran Murid di smartphone anda SEKARANG memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada guru-guru kelas dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.