KPM Melarang JPN dan PPD Menetapkan Bilangan Fail Panitia Sekolah. Perkongsian ini adalah berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 11 Januari 2019 bertajuk Surat Pengurusan Fail Panitia Mata pelajaran.
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran KP(BS) 8591/Jilid 11 (44) bertarikh 13 Mac 1986 adalah berkaitan.
Dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian khususnya di bilik darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi penekanan kepada keupayaan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelbagai usaha dijalankan bagi membolehkan guru memberi lebih fokus kepada tugas utama mereka iaitu MENDIDIK. Hal ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan PdP dapat ditingkatkan
Berdasarkan perkara 3.4.14 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986, panitia berperanan menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit mesyuarat, atau laporan mesyuarat, surat menyurat, laporan dan rekod-rekod yang berkaitan. Semua dokumen ini boleh disediakan bentuk salinan lembut (soft copy) dan salinan cetak (hard copy). Dalam hal ini pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumentasi berkaitan agar pengurusan panitia dapat dikendalikan secara cekap dan berkesan
4. Bagi tujuan tersebut, pihak sekolah bertanggungjawab menentukan bilangan fail panitia berdasarkan keperluan dan kesesuaian sekolah masing-masing. Pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) tidak dibenarkan membuat penetapan bilangan fail panitia mata pelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melarang Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menetapkan bilangan fail panitia mata pelajaran bagi sekolah sebaliknya pihak sekolah menentukan sendiri bilangan fail panitia berdasarkan keperluan dan kesesuaian sekolah masing-masing.
Anda boleh mendapatkan surat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.
Dapatkan “Surat Pengurusan Fail Panitia Mata pelajaran” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Pengurusan-Fail-Panitia
Penutup
Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu KPM Melarang JPN dan PPD Menetapkan Bilangan Fail Panitia Sekolah memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.