DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Amalan Bahasa Melayu

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Amalan Bahasa Melayu. Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dilaksanakan mulai tahun 2019 menggantikan Kurikulum Kelas Peralihan (Semakan 2003) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Sehubungan dengan itu, admin mengongsikan DSKP KSKP untuk dimuat turun daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

Pengenalan

KSKP digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di Kelas Peralihan selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa dijelmakan dalam KSKP menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi semua mata pelajaran.

Penggubalan KSKP mengambil kira kerangka KSSM. KSKP memfokuskan kepada kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. KSKP dilaksanakan melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan dan merangsang pembelajaran untuk mempertingkat serta memperkukuh penguasaan bahasa Melayu. KSKP juga mengambil kira elemen memupuk nilai perpaduan dan keharmonian kaum supaya murid mengenal, menghormati dan menerima kelainan serta perbezaan individu.

KSKP juga mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bersesuaian dengan keupayaan dan pencapaian murid. Penerapan elemen KBAT dapat merangsang keupayaan berbahasa secara optimum dan berkesan selari dengan keperluan Kemahiran Abad ke-21 yang seterusnya dapat melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan pelaksanaan KSKP memerlukan komitmen yang jitu daripada guru dalam mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri, modular, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran kontekstual untuk memastikan murid menguasai kemahiran berbahasa dan memperkukuh kemahiran abad ke-21 dalam kalangan mereka.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSKP. Semoga pelaksanaan KSKP akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan

Kandungan

Kurikulum Standard Amalan Bahasa Melayu Kelas Peralihan memberikan tumpuan kepada pemahaman dan penggunaan kosa kata umum dan istilah yang berkaitan dengan laras bidang pengetahuan mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi, membina dan menggunakan ayat mengikut konteks, memperkukuh kemahiran berbahasa melalui kemahiran mengemukakan maklumat dengan tepat dan berinteraksi dengan baik menggunakan bahasa Melayu. Penekanan kepada pemahaman, penggunaan dan penguasaan istilah, kata umum dan laras bahasa ilmu ini merupakan langkah persediaan murid kelas peralihan ke Tingkatan 1.

Amalan Bahasa Melayu berfokus kepada pemahaman dan penggunaan kosa kata umum dan istilah yang berkaitan dengan laras bidang pengetahuan bertujuan memperkenalkan murid kepada pelbagai kosa kata umum dan istilah mengikut bidang yang sebelum ini dipelajari dalam bahasa ibunda. Secara tidak langsung, fokus ini akan meningkatkan penguasaan perbendaharaan kosa kata umum dan istilah dalam bidang mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi.

Kemahiran berbahasa mencakupi kemahiran mendengar, pengujaran dan penyampaian lisan dalam pelbagai situasi; penguasaan pembacaan dan pemahaman teks bacaan yang pelbagai serta keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan mudah yang berkaitan dengan laras bidang pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui. Kemahiran ini akan dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran setiap tema dan perincian tema yang disediakan dalam lampiran.

Melalui kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, murid berketerampilan dalam komunikasi mengenai bidang ilmu mata pelajaran yang dipelajari, memahami dan berupaya mengenal pasti maklumat berkaitan pengetahuan mata pelajaran, serta menyampaikan maklumat dan pendapat secara rasional dan bertatasusila. Penekanan pelbagai strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik, kreatif dan inovatif secara didik hibur adalah dituntut agar dapat merangsang dan membantu murid menguasai pembelajaran Amalan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun DSKP KSKP ini pada pautan muat turun di bawah:

Dapatkan “DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Amalan Bahasa Melayu” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Amalan Bahasa Melayu

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Matlamat

Matlamat Kurikulum Amalan Bahasa Melayu Kelas Peralihan adalah untuk melengkapkan dan membolehkan murid mencapai tahap kecekapan berbahasa daripada aspek penguasaan, penggunaan dan pengukuhan bahasa Melayu khususnya dalam pelbagai bidang ilmu dan kehidupan harian yang dipelajari dalam bahasa ibunda semasa berada di sekolah rendah serta membantu memupuk semangat patriotik dan menghayati nilai murni masyarakat Malaysia.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Kelas Peralihan mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:

  1. Mempelajari, memahami dan menggunakan istilah dan kata umum dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dengan tepat dalam pelbagai konteks dan situasi.
  2. Mengemukakan maklumat dengan tepat dalam bahasa Melayu secara lisan dan tulisan.
  3. Berinteraksi dengan baik dalam bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah.\
  4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Amalan Bahasa Melayu memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

telegram sistemguruonline