Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat kuasa 14 Januari 2019

 

BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID TIDAK LAGI DIGUNAKAN BERKUAT

Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat kuasa 14 Januari 2019. Pernyataan ini adalah bersumberkan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 bertajuk Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah KPM yang berkuat kuasa mulai 14 Januari 2019.

Berhubung dengan amanat yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik menyatakan bahawa sistem perekodan kedatangan murid ini dilaksanakan secara dalam talian (online) melalui Sistem Aplikasi Pangkatan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia – Sistem eKehadiran.

cats 2

Sehubungan dengan itu, anda boleh mengakses sistem ini pada pautan (ikon) di bawah:

click here png click here icon png 360 1

Segala dokumen yang penting berkaitan perkara ini seperti surat pekeliling dan garis panduan pengurusan sistem kehadiran murid boleh dimuat turun pada pautan di bawah.

Dapatkan “Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :  Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019

 

Aplikasi Mudah alih Sistem eKehadiran

Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekodkan kehadiran murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna.

cats 3

Modul Utama:

  1. Guru kelas mengemaskini kehadiran murid di kelas pada setiap sesi persekolahan
  2. Guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh.

Sehubungan dengan itu, anda boleh memasang aplikasi ini pada gadget anda sama ada versi android atau IOS melalui pautan muat turun di bawah (klik gambar ikon)

eKehadiran untuk Pengguna Android

android logo PNG32

eKehadiran untuk Pengguna iOS

ios logo

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Buku Jadual Kedatangan Murid Tidak Lagi Digunakan Berkuat kuasa 14 Januari 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada guru-guru kelas dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.