Stoking, Kasut Hitam Wajib Dipakai Mulai 2021

 

Stoking, Kasut Hitam Wajib Dipakai Mulai 2021. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pelaksanaan pemakaian kasut hitam.

Pengenalan

Umum sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Menteri Pendidikan, YB Dr.
Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa semua murid sekolah wajib memakai kasut hitam bermula sesi 2021 persekolahan.

Sehubungan dengan itu, pekeliling terkini telah dikeluarkan berkaitan perkara ini bagi memaklumkan penguatkuasaan pelaksanaan kasut hitam dan stoking berwarna hitam oleh murid di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 – Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pekeliling ini juga menyelitkan panduan berkaitan kasut dan stoking yang betul sesuai dengan kehendak KPM iaitu seperti berikut:

  1. Kasut bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah adalah kasut berwarna hitam yang diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor 3S iaitu keselesaan, keselamatan dan kesihatan.
  2. Stoking juga haruslah berwarna hitam.

Peringatan Penting

Kepada pihak yang berkenaan khususnya pihak sekolah, dimaklumkan bahawa pemakaian sepenuhnya ini wajib dilaksanakan pada 2021 bukannya pada tahun hadapan (2019). Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pihak sekolah prihatin terhadap perkara ini.

Pekeliling ini juga membatalkan surat pekeliling yang sedia ada iaitu Surat Pekeling Ikhtisas Bil. 8/1985: Pemakaian Seragam Murid-murid Sekolah (Pindaan).

Dapatkan “Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 – Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 – Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pekeling

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Stoking, Kasut Hitam Wajib Dipakai Mulai 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.