Terkini! Keputusan UPSR 2018 Diumum 29 November Ini

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Update terbaru!

Terkini! Keputusan UPSR 2018 Diumum 29 November Ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemberitahuan terkini berkaitan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), keputusan akan diumumkan pada 29 November 2018.

Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan satu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebuih holistik dan bermakna. Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid bekeperluan Khas Masalah Pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, Murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 29 November 2018 mulai jam 10:00 pagi di sekolah masing-masing.

Untuk semakan, calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pada 29 November 2018 (10:00 pagi) sehingga 08 Disember 2018 (06:00 petang). Semakan keputusan UPSR dan PASR 2018 juga boleh dibuat melalui perkhidmatan atas talian di URL: lp.moe.gov.my.

Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR 2018

  1. SMS

Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu Keputusan UPSR 2018 Diumum pada 29 November 2018 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.