PTPTN: Potongan Wajib RM40 bagi Peminjam Capai Gaji RM2,000 sehingga RM2,500

 

12 Inisiatif bagi Pendidikan 36

PTPTN: Potongan Wajib RM40 bagi Peminjam Capai Gaji RM2,000 sehingga RM2,500.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Menteri Pendidikan berkaitan PTPTN.

PTPTN

Kadar baru pembayaran semula iaitu dua peratus atau RM40 bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500 akan bermula 1 Januari 2019. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kadar pembayaran itu akan meningkat seiring dengan kenaikan gaji mereka.

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40. Timbalan Menteri Pendidikan juga berkata, potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

Info selanjutnya di sini:

  1. Kadar baharu bayar balik PTPTN mula 1 Jan – Maszlee
  2. PTPTN: Potongan RM40 apabila gaji peminjam capai RM2,000

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman:

  1. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.
  2. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
  3. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.
  4. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu PTPTN: Potongan Wajib RM40 bagi Peminjam Capai Gaji RM2,000 sehingga RM2,500 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.