Permohonan Online Kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2019

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Permohonan Online Kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2019 ini adalah pemberitahuan terkini daripada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 telah dibuka bermula 1 November 2018 hingga 16 Disember 2018.

Sehubungan dengan itu, permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:

https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm

CETAK MAKLUMAT DI BAWAH SEBAGAI RUJUKAN
A. PANDUAN AM
1. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
2. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab  pemohon dan boleh menyebabkan PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
3. PEMOHON DIKEHENDAKI MENYEMAK semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum MENCETAK.
4. Pengemaskinian boleh dilakukan SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
B. PANDUAN KHUSUS
MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
1. NAMA PEMOHON
2. NO. KAD PENGENALAN
3. ANGKA GILIRAN
4. JANTINA
5. KOD DAN NAMA SEKOLAH
6. KEWARGANEGARAAN
Sila nyatakan Taraf Warganegara pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Warganegara
Pemastautin Tetap
Pemastautin Sementara
Bukan Warganegara
Belum Ditentukan
Tiada Maklumat
7. AGAMA
Sila nyatakan Agama anutan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain
8. KETURUNAN
Sila nyatakan Keturunan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli / Penan
Lain-lain
9. STATUS MURID
Sila nyatakan Status Murid dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Biasa
Yatim
Yatim Piatu
10. PILIHAN SBP – Hanya satu Pilihan SBP sahaja dan adalah WAJIB diisi. *Penawaran tidak tertakluk kepada sekolah yang di pohon.
11. PILIHAN ALIRAN – Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon bagi setiap SBP yang dipilih.
12. NAMA BAPA
Sila nyatakan Nama Penuh Bapa Kandung atau Bapa Angkat berdaftar pada Sijil Lahir.
13. NO. MYKAD BAPA
Sila nyatakan No. Mykad Bapa.
14. KEWARGANEGARAAN BAPA
Sila nyatakan Taraf Warganegara Bapa pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Warganegara
Pemastautin Tetap
Pemastautin Sementara
Bukan Warganegara
Belum Ditentukan
Tiada Maklumat
15. PEKERJAAN BAPA 
Sila nyatakan pekerjaan bapa pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipapaprkan
16. SEKTOR PEKERJAAN BAPA
Sila nyatakan Sektor Pekerjaan Bapa pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Awam
Swasta
Sendiri
Tiada
17. BAPA MERUPAKAN ALUMNI SBP
Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
18. NAMA IBU
Sila nyatakan Nama Penuh Ibu Kandung atau Ibu Angkat berdaftar seperti pada Sijil Lahir.
19. NO. MYKAD IBU
Sila nyatakan No. Mykad Ibu.
20. KEWARGANEGARAAN IBU
Sila nyatakan Taraf Warganegara Ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Warganegara
Pemastautin Tetap
Pemastautin Sementara
Bukan Warganegara
Belum Ditentukan
Tiada Maklumat
21. PEKERJAAN IBU 
Sila nyatakan Pekerjaan Ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.
22. SEKTOR PEKERJAAN IBU
Sila nyatakan Sektor Pekerjaan Ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Awam
Swasta
Sendiri
Tiada
23. IBU MERUPAKAN ALUMNI SBP
Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
24. NAMA PENJAGA
Sila nyatakan nama penuh penjaga pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan
25. HUBUNGAN PENJAGA DENGAN MURID
Sila nyatakan hubungan penjaga dengan pemohon dengan mengisi maklumat berkaitan.
26. PENDAPATAN BULANAN BAPA/PENJAGA
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa/penjaga pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
27. PENDAPATAN BULANAN IBU
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu pemohon dengan memilih maklumat berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
28. BILANGAN TANGGUNGAN
Sila nyatakan bilangan anak di bawah tanggungan ibu/bapa/penjaga pemohon dengan memilih maklumat berkaitan.

Keterangan
Seorang
Dua Orang
Tiga Orang
Empat Orang
Lima Orang
Enam Orang atau lebih
29. ALAMAT SURAT MENYURAT
Isikan ruangan yang disediakan dengan alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.Perhatian : Sila gunakan singkatan yang mudah difahami jika ruang yang disediakan tidak mencukupi.
Isikan alamat anda dalam ruangan disediakan:
Contoh:Jika alamat anda ialah ‘No. 191 Taman Kota Idaman, Jalan Damansara, 60405 KUALA  LUMPUR’, isikan:
ALAMAT POS

NO 191,
TAMAN KOTA IDAMAN
JALAN DAMANSARA
POSKOD : 60405
BANDAR : KUALA LUMPUR
30. POSKOD
Isikan ruangan poskod dengan betul.
31. NEGERI
Sila pilih nama negeri tempat tinggal pemohon.
32. BANDAR
Sila pilih nama bandar pemohon.
33. NOMBOR TELEFON BIMBIT. (Rujuk Info)
Sila nyatakan Nombor Telefon Bimbit yang boleh dihubungi.
34. NOMBOR TELEFON
Sila nyatakan Nombor Telefon Rumah atau Pejabat yang boleh dihubungi.

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Online Kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada adik-adik yang ingin melanjutkan pengajian di SBP. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.