myMesyuarat – Pengurusan Mesyuarat Format Baharu

 

Format Baharu Pengurusan Mesyuarat. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin berkongsi berkaitan urusan pengurusan mesyuarat ke arah pengurusan secara digital. Perkara ini adalah merujuk kepada PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BIL. 2 TAHUN 2018 yang dikeluarkan oleh UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI.

Pengenalan

Panduan ini terpakai kepada semua agensi Kerajaan yang bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tata cara pengurusan mesyuarat secara digital ke arah pengendalian mesyuarat yang lebih sistematik, seragam dan efektif.

Perkara Penting yang Terdapat dalam Pekeliling Ini

Bagi memantapkan pengurusan mesyuarat agensi Kerajaan, maka panduan ini dihasilkan dengan memfokuskan elemen utama seperti yang berikut:

  1. Tanggungjawab Urus Setia Mesyuarat
    Peringkat I: Tindakan Sebelum Mesyuarat;
    Peringkat II: Tindakan Semasa Mesyuarat; dan
    Peringkat III: Tindakan Selepas Mesyuarat.
  2. Format Penyediaan Minit Mesyuarat
  3. Panduan Penggunaan Sistem MyMesyuarat.

Dapatkan “PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BIL. 2 TAHUN 2018” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PTPA BIL 2 2018 MYMESYUARAT – EKOSISTEM PENGURUSAN MESYUARAT ERA DIGITAL

 

 

Pembatalan

Pekeliling ini dikeluarkan bagi MENGGANTIKAN Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1991 iaitu Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan yang dikeluarkan pada 1 April 1991 serta PKPA Bil. 1 Tahun 1993 iaitu Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang dikeluarkan pada 2 Januari 1993.

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu myMesyuarat – Pengurusan Mesyuarat Format Baharu memberikan informasi terkini kepada semua khususnya kepada semua agensi Kerajaan dalam melaksanakan dan mengurus sesuatu mesyuarat. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

“SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa”