LINUS Dihentikan Mulai 2019

 

12 Inisiatif bagi Pendidikan 38

LINUS Dihentikan Mulai 2019. Terkini berkaitan status pelaksanaan LINUS.

Pengenalan

LINUS iaitu akronim kepada “Literacy and Numeracy Screening” yang membawa maksud Saringan Literasi dan Numerasi ini ialah program yang mensasarkan 100 peratus murid diperingkat sekolah rendah iaitu murid Tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum naik ke Tahun 4, kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang dilaksanakan sejak 2009 di semua sekolah rendah.

LINUS DIHENTIKAN MULAI 2019

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan , akan dihentikan bermula tahun depan (2019).

Ini berikutan kenyataan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, bagaimanapun berkata, sekolah akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid.

Ketika ini, pendekatan kementerian adalah memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaiannya. Pendekatan sekarang, sama ada peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan memberi sokongan kepada program dirangka pihak sekolah masing-masing.
Sehubungan itu, setiap sekolah perlu ada inisiatif sendiri merangka program masing-masing yang sesuai dengan keperluan murid di sekolah mereka,”

 

Dr Amin juga menyatakan bahawa pihaknya tidak mahu lagi menyediakan ‘pakej’ atau modul sesuatu program dari atas ke bawah kementerian turun ke peringkat sekolah, sebaliknya sekolah melaksanakan program mengikut ‘acuan’ sendiri.

Sehubungan dengan itu, admin melihat banyak juga kesan positif pelaksanaan LINUS ini di samping membawa impak negatif. Antaranya ialah guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang berbeza bagi murid LINUS dan murid arus perdana menyebabkan beban guru semakin bertambah.

oposiciones maestros madrid 2011

Selain itu, murid aliran perdana akan tertinggal kerana fokus guru adalah lebih kepada murid LINUS sekali gus mengganggu kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran dan berkemungkinan akan berasa bosan kerana standard P&P murid LINUS adalah mudah.

4f4a9a0faab65.image

Seterusnya, guru terbeban kerana perlu mencari alternatif lain untuk memastikan pelajar LINUS memahami inti pati pengajaran.

PBS Sekolah Online

Untuk pelaksanaan saringannya pula, sukar mendapatkan komitmen semua pihak akibat kekangan masa dan tugas masing-masing. Akhir sekali, jumlah Guru LINUS yang tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid.

Alhamdulillah. Sekarang, pihak sekolah sendiri yang berkuasa menentukan kaedah dan pendekatan yang lebih efektif dan tidak membebankan guru-guru dalam usaha mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid di sekolah masing-masing.

Admin percaya, pihak sekolah akan mencorak langkah yang lebih baik kerana “mereka” yang lebih memahami dan mengenali murid-murid di sekolah mereka sendiri dan bukannya wajib berpandukan modul-modul dan aturan yang dibekalkan oleh Kementerian.

Sekarang, menantikan Pekeliling daripada pihak KPM bagi menyatakan penghentian secara rasmi pelaksanaan program LINUS ini.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu LINUS Dihentikan Mulai 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.