KPM Nafi Keluarkan Iklan Pengambilan Pembantu Guru

 

12 Inisiatif bagi Pendidikan 35

KPM Nafi Keluarkan Iklan Pengambilan Pembantu Guru. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung iklan-iklan yang dimuat naik berkaitan pengambilan guru kebelakangan ini di laman-laman sosial.

KPM ingin menegaskan bahawa pihaknya TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang iklan tawaran pengambilan Pembantu Guru di seluruh negara seperti mana tular di mana-mana media sosial.

Tambahnya lagi, KPM menjelaskan bahawa jawatan Pembantu Guru BELUM diwujudkan.

Jika ia hendak dilaksanakan kelak iaitu sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan Pembantu Guru ini akan diuruskan oleh Suruhjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai pihak berkuasa melantik.

RUJUK KENYATAAN MEDIA KPM DI BAWAH

28 KENYATAAN MEDIAKPM NAFI MENGELUARKAN IKLAN1

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta tidak mengisi mana-mana borang permohonan bagi jawatan ini di mana-mana bentuk media selagi KPM belum umumkan secara rasmi.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu KPM Nafi Keluarkan Iklan Pengambilan Pembantu Guru memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.