KPM Kaji Sedia Sarapan Percuma untuk Murid daripada Keluarga B40

 

12 Inisiatif bagi Pendidikan 4

KPM Kaji Sedia Sarapan Percuma untuk Murid daripada Keluarga B40 ini merupakan informasi yang terkini daripada Menteri Pendidikan kita, Dr. Maszlee Malik.

07846ee08bbf1ed191d01dae215a42c25be164cd5ebbd

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk murid-murid dari golongan keluarga B40. Beliau juga menyatakan hasrat beliau iaitu untuk memupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika sehingga peringkat pendidikan tinggi.

ps 01.2

Dapatan ini merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo, Isnin baru-baru ini bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siapakah yang Dimaksudkan dengan Keluarga B40?

Keluarga B40 ialah keluarga merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan rendah iaitu Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.00.

Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM950.00 sebulan.

Penutup

Semoga perkara ini dapat direalisasikan. Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu 12 Inisiatif KPM untuk Sekolah Menjelang 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.