Kementerian Kewangan Pertimbang Baucar Buku Diteruskan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

Kementerian Kewangan Pertimbang Baucar Buku Diteruskan. Assalamulaikum, selamat sejahtera dan salam Sayangi Malaysiaku. Terkini daripada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan berkaitan status Baucar Buku.

Umum sedia maklum, Baucar Buku ialah skim bantuan berbentuk wang yang diberikan kepada mahasiswa yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Warganegara Malaysia dan Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember pada tahun semasa di institusi pendidikan di Malaysia. Skim ini juga dikenali sebagai BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) yang memperuntukkan sebanyak RM250 kepada setiap mahasiswa.

Berhubung perkara ini, YB Dr. Maszlee Malik memberi saranan kepada Kementerian Kewangan agar pemberian Baucar Buku ini diteruskan untuk tahun akan datang. Perkara ini dijelaskan dalam laman media sosial melalui akaun Twitter milik beliau:

Perkara ini juga telah dinyatakan secara rasmi melalui Siaran Media Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi

“Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan supaya meneruskan skim bantuan baucar buku bagi mahasiswa.

Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam, mesyuarat yang pertama sejak Belanjawan 2019 dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pada 2 November 2018 lalu.

Kementerian Kewangan bersetuju untuk melihat perkara ini yang bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pengajian tinggi.

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini diteruskan. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Kementerian Kewangan dan sokongan YAB Perdana Menteri dalam mempertimbangkan perkara ini. Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat.

Seperti saya telah menjanjikan sebelum ini saya akan memastikan kebajikan mahasiswa dijaga. Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa.”

Penutup

Adalah diharapkan agar Baucar Buku ini akan terus dilaksanakan untuk kebajikan mahasiswa-mahasiswa. Sekian, semoga perkongsian kali ini memberikan informasi terkini lagi bermanfaat kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.