Format Baharu Minit Mesyuarat

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Format Baharu Minit Mesyuarat.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berhubungan dengan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2018 yang bertajuk MyMESYUARAT: EKOSISTEM PENGURUSAN MESYUARAT
ERA DIGITAL telah menyatakan format baharu bagi penyediaan minit mesyuarat bagi semua agensi Kerajaan.

Penyediaan minit mesyuarat hendaklah dilaksanakan melalui Sistem MyMesyuarat. Penulisan minit mesyuarat hendaklah ringkas, tepat, dan padat serta laras bahasanya bersifat formal.

Minit Mesyuarat

Umum sedia maklum, selepas sesuatu mesyuarat diadakan, tindakan-tindakan berikut perlu dilaksanakan oleh urus setia mesyuarat yang salah satunya ialah menyediakan minit mesyuarat.

Sehubungan dengan itu, pekeliling yang telah dinyatakan telah menyatakan bahawa format baharu penyediaan Minit Mesyuarat adalah seperti berikut:

Perkara Penting dalam Minit Mesyuarat

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam minit mesyuarat adalah:

  1. Senarai kehadiran ahli mesyuarat disusun mengikut kekananan jawatan
  2. Perkara-perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat disusun mengikut tajuk dan perkara
  3. Keputusan-keputusan yang dibuat hendaklah dicatat dengan jelas;
  4. Tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil;
  5. (Menentukan pihak yang perlu mengambil tindakan susulan
  6. Sekiranya terdapat butiran pembentangan kertas, urus setia hendaklah merekodkan perkara-perkara seperti yang berikut:
    1. Tajuk kertas pembentangan
    2. Pihak yang menyediakan kertas pembentangan;
    3. Tujuan utama kertas pembentangan berkenaan disediakan
    4. Isu-isu penting yang dibangkitkan dalam kertas pembentangan;
    5. Pandangan/ulasan ahli mesyuarat berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kertas pembentangan
    6. Keputusan mesyuarat terhadap kertas pembentangan.

Format

Pada asasnya, penulisan minit mesyuarat perlu menepati format teknikal minit mesyuarat seperti yang berikut:

  1. Jenis Fon (Font) : Arial
  2. Saiz Fon (Font) : Minimum 12
  3. Langkau Antara Barisan : Minimum 1.15
  4. Kedudukan Teks : Justified
  5. Istilah Bahasa Inggeris : Italic (Sekiranya minit mesyuarat disediakan dalam Bahasa Melayu)

Struktur Minit Mesyuarat

Struktur minit mesyuarat perlulah berpandukan agenda dan turutan mesyuarat seperti yang berikut:

  1. Senarai Kehadiran
  2. Perutusan Pengerusi
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat
  4. Perkara-Perkara Berbangkit
  5. Perbincangan
  6. Pembentangan Kertas
  7. Hal-Hal Lain
  8. Penutup

RUJUK CONTOH DI BAWAH :

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh memuat turun pekeliling ini pada pautan muat turun yang telah disediakan di bawah.

Dapatkan “myMesyuarat – Pengurusan Mesyuarat Format Baharu” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : myMesyuarat – Pengurusan Mesyuarat Format Baharu

 

 

Pembatalan

Pekeliling ini dikeluarkan bagi MENGGANTIKAN Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1991 iaitu Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan yang dikeluarkan pada 1 April 1991 serta PKPA Bil. 1 Tahun 1993 iaitu Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang dikeluarkan pada 2 Januari 1993.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Format Baharu Minit Mesyuarat memberikan informasi terkini kepada semua khususnya kepada semua agensi Kerajaan dalam melaksanakan dan mengurus sesuatu mesyuarat. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

“SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa”

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>