Home Terkini
TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

7 Perubahan dalam Sistem Pendidikan Menjelang 2019

 

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

7 Perubahan kepada Sekolah Menjelang 2019. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terkini, informasi ini dinyatakan sendiri oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan kita berkaitan perubahan yang bakal dilaksanakan menjelang tahun hadapan (2019).

Terdapat 7 perubahan yang dinyatakan oleh beliau melalui laman sosial beliau iaitu seperti berikut:

7 Perkata tersebut ialah:

  1. Menyelesaikan masalah sekolah daif.
  2. Menghapuskan tugas-tugas perkeranian guru yang membebankan.
  3. Memansuhkan Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (peringkat pendidikan rendah) dan diganti dengan Pentaksiran Alternatif.
  4. Menekankan pendidikan berteraskan nilai-nilai murni.
  5. Menyediakan sarapan dan bantuan kepada murid B40.
  6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mengikuti persekolahan.
  7. Menghapuskan pembahagian kelas (kelas pandai dan kelas kurang pandai dimansuhkan)
  1. Menyelesaikan masalah sekolah daif

2. Menghapuskan tugas-tugas perkeranian guru yang membebankan.

3. Memansuhkan Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (peringkat pendidikan rendah) dan diganti dengan Pentaksiran Alternatif

Pentaksiran Alternatif bagi menggantikan sistem peperiksaan yang mula dilaksanakan ter­hadap murid tahap satu sekolah rendah bermula 2019 adalah lebih objektif dan menerapkan asas pemben­tukan sahsiah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, sistem baharu itu yang membabitkan murid tahun satu, dua dan tiga turut tertumpu kepada perkembangan murid de­­ngan berorientasikan pembelajaran suasana bilik darjah lebih menyeronokkan.

“Ia merupakan pentaksiran baharu bagi menggantikan sistem peperiksaan dalam mewujudkan budaya pembelajaran le­bih bermakna sekali gus memboleh­kan guru memberikan perhatian kepada pembangunan sahsiah murid seperti nilai kasih sayang dan hormat-menghormati.

“Menerusi kaedah itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan kepada murid di peringkat awal persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amin menambah, kaedah baharu itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran seiring pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang memfokuskan kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

Katanya, ini bermakna guru digalakkan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan murid sekali gus membantu untuk menilai serta menambahbaik hasil pembelajaran.

“Pentaksiran ini dinilai dari segi penguasaan murid dalam proses pem­belajaran melalui aktiviti perbincangan, persembahan, kerja projek dan aktiviti lain selaras kaedah-kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 yang berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi dan pemikiran kritikal serta nilai.

“Menggunakan pepe­riksaan semata-mata sebagai mengukur pencapaian murid tahap satu akan mengakibatkan suasana pembelajaran dalam kelas semakin tidak berfokus kerana ia perlu dilihat daripada perkembangan kemahiran dan pembinaan sahsiah,” kata­nya.

Sehubungan itu, jelas beliau, kementerian memutuskan agar pentaksiran baharu itu sesuai dilaksanakan kepada murid tahap satu sekolah rendah kerana pertumbuhan mereka berlaku dengan pesat dalam tempoh tersebut.

SUMBER: Utusan

4. Menekankan pendidikan berteraskan nilai-nilai murni.

Antaranya, mata pelajaran Pendidikan Sivik akan diwujudkan semula dengan penambahbaikan kandungan kurikulumnya.

Gambar sekadar hiasan

KPM juga akan memperkenalkan semula subjek “pengajian sivik” di semua peringkat sekolah dan dalam usaha menghidupkan semula TV pendidikan secara percuma. Di peringkat Universiti pula, KPM bercadang memperkenalkan dua subjek: Falsafah dan ethics.

5. Menyediakan sarapan dan bantuan kepada murid B40.

Murid-murid dari keluarga B40 akan mendapat sarapan percuma di sekolah dan bantuan persekolahan yang lain.

6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mengikuti persekolahan.

Kredit kepada ERA BARU

Bermula Januari 2019, anak tanpa warganegara boleh masuk sekolah kerajaan dengan hanya beri sijil kelahiran.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, pelbagai jenis dokumen yang diperlukan sebelum ini telah menyebabkan anak-anak tanpa status warganegara mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, dianggarkan seramai 300,000 anak tanpa warganegara berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia.

Justeru, pihak kementerian kini dalam usaha untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak ini supaya mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah kerajaan dan menerima pendidikan yang selayaknya.

“Selepas ini, jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia boleh mendaftar sekolah dengan mengemukakan sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkatan bagi anak angkat.”

“Dengan menyediakan salah satu daripada tiga dokumen iaitu sijil kelahiran, perintah mahkamah atau sijil mengambil anak angkat, ia sudah mencukupi untuk membolehkan anak tanpa kewarganegaraan dimasukkan ke sekolah kebangsaan”

“Jika seseorang kanak-kanak tiada sebarang dokumen yang disebutkan, mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung atau wakil rakyat”.

Namun begitu, anak tanpa warganegara yang tiada dokumen perlu melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam masa dua tahun.

“Anda tidak boleh menetap di Malaysia tanpa sebarang dokumen dan ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk melengkapkan segala dokumen diperlukan dalam tempoh dua tahun”, tambah Teo.

7. Menghapuskan pembahagian kelas (kelas pandai dan kelas kurang pandai dimansuhkan)

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu 7 Perubahan dalam Sistem Pendidikan Menjelang 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.