421,706 Calon akan Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018 ini merupakan statistik yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan medianya pada 05 November baru-baru ini.
Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun ini (2018) akan berlangsung pada 13 November sehingga 13 Disember 2018 yang melibatkan 6 jenis calon yang terdiri daripada:
- Calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM
- Calon Sekolah Agama Negeri
- Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
- Calon Sekolah Swasta yang Berdaftar dengan KPM’
- Calon Persendirian
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengingatkan kepada semua calon agar merujuk Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 di portal rasminya iaitu di SINI. Seterusnya, diingatkan kepada semua calon agar membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini berjalan dengan lancar.
Subtopik 3
Kami, warga Sistem Guru Online juga mengucapkan kepada semua calon SPM tahun ini SEMOGA BERJAYA. Jaga kesihatan diri anda semua. Kami, khususnya warga pendidik sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Teruskan berjuang.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 421,706 Calon akan Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018Â memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada calon SPM. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.