38 Contoh Dokumen Pengurusan Kokurikulum

 

12 Inisiatif bagi Pendidikan 37

38 Contoh Dokumen Pengurusan Kokurikulum. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lagi perkongsian berkaitan kokurikulum.

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa muridmurid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Umum sedia maklum, kokurikulum ialah bidang yang merangkumi tiga teras iaitu Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan. Sehubungan dengan itu, di sini admin mengongsikan 38 contoh surat menyurat berkaitan pengurusan kokurikulum ini khususnya untuk kegunaan guru-guru semua.

38 contoh dokumen yang dimaksudkan termasuklah surat menyurat dan sebagainya seperti berikut:

  1. Permohonan Penubuhan
  2. Surat Kelulusan Penubuhan
  3. Permohonan Pengesahan Dan Pendaftaran
  4. Perlembagaan Persatuan
  5. Ahli Jawatankuasa Persatuan
  6. Aktiviti Utama Persatuan
  7. Pengesahan Dan Pendaftaran
  8. Pelantikan Guru Penasihat
  9. Senarai Tugas Guru Penasihat
  10. Penerimaan Lantikan Guru Penasihat
  11. Penurunan Kuasa Ahli Jawatankuasa Persatuan
  12. Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
  13. Permohonan Memungut Derma/Yuran
  14. Kelulusan Memungut Derma/Yuran
  15. Pemberitahuan Penglibatan Pelajar
  16. Pendaftaran Kepada Persatuan Induk
  17. Pemberitahuan Ketidakhadiran Pelajar
  18. Takwim Tahunan Persatuan
  19. Borang Pesanan
  20. Baucar Bayaran
  21. Penyata Kewangan Tahunan
  22. Notis Mesyuarat Agung
  23. Minit Mesyuarat Agung
  24. Surat Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
  25. Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
  26. Kertas Projek
  27. Laporan Tahunan
  28. Laporan Mingguan
  29. Kertas Pelaksanaan
  30. Peraturan-peraturan Perkhemahan
  31. Pemberitahuan Perkhemahan
  32. Permohonan Kepada Pengetua/Guru Besar
  33. Kebenaran Pengetua/Guru Besar
  34. Kebenaran Ibu Bapa
  35. Permohonan Khidmat Hakim
  36. Permohonan Khidmat SAJ
  37. Permohonan Pinjaman Alatan
  38. Pelantikan Guru Bertugas

Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun dokumen ini pada pautan muat turun di bawah.

Dapatkan “38 Contoh Dokumen Pengurusan Kokurikulum” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘docx’

Download : 38 Contoh Dokumen Pengurusan Kokurikulum

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian informasi kali ini iaitu 38 Contoh Dokumen Pengurusan Kokurikulum memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.