12 Inisiatif KPM untuk Sekolah Menjelang 2019 ini berdasarkan infografik yang dikeluarkan sendiri oleh Dr. Maszlee Malik melalui laman sosial media beliau.
Infrografik yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Inisiatif 1: Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan di setiap perhimpunan
Inisiatif ke-2: Pendidikan Sivik akan diperkenalkan

KPM juga akan memperkenalkan semula subjek “pengajian sivik” di semua peringkat sekolah dan dalam usaha menghidupkan semula TV pendidikan secara percuma. Di peringkat Universiti pula, KPM bercadang memperkenalkan dua subjek: Falsafah dan ethics.
Inisiatif ke-3: KPM akan berusaha memperbaiki masalah “mutual distrust” antara guru dan ibubapa
Berhubung inisiatif ini, admin memetik artikel daripada laman media yang bertajuk “Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan”
“Belakangan ini saya memberikan perhatian terhadap beberapa isu pendidikan kerana ada beberapa peristiwa yang berkaitan langsung dengan isu ini. Sebagai contoh, baru-baru, ada seorang ibu yang menghantar surat kepada seorang guru di sekolah saya, sepanjang 4 halaman, hanya untuk menyalahkan guru tersebut. Saya berpeluang membaca surat tersebut. Setelah membaca surat tersebut, saya hanya terfikir, bagaimana seorang ibu boleh bersikap begini, dan melihat seorang guru (ustazah sebenarnya) tidak lebih daripada seorang yang mendapat gaji dan dengan gaji itu, mereka mesti memandaikan anak-anak mereka.
Oleh itu, saya kira, salah satu cabaran dalam pendidikan masa kini, datangnya dari sikap dan pemikiran ibu bapa yang berfikiran sekular dan menekankan keduniaan. Kerjaya pendidik sudah dihilangkan ‘sisi spiritualnya’. Saya tidak terkejut jika yang datang itu bukan seorang muslim. Tetapi yang menulis 4 halaman surat, tanpa selang, dan bersaiz 10 itu, dan menuduh dengan pelbagai tuduhan liar tanpa asas itu, ialah seorang muslim.
Seorang anak-anak umpama lempung atau tanah liat. Sejak dilahirkan, sebelum menerima pendidikan formal di sekolah, sedikit sebanyak lempung ini telah dibentuk oleh ibu bapa. Selama 5 tahun, misalnya, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa, sehinggakan apabila anak-anak mereka masuk ke tahun 1, untuk menghormati guru sendiri tidak tahu. Bagi saya, tugas pendidikan yang terawal, datangnya dari ibu bapa. Bukan dari guru-guru.
Namun, saya kita, jika diberikan kepercayaan, lempung yang sudah mempunyai bentuknya itu, masih boleh dibentuk jika ibu bapa memberikan kepercayaan kepada para guru. Masalahnya timbul apabila ibu bapa seolah-olah tidak percaya. Mereka lebih mempercayai anak-anak mereka, silempung yang belum menjadi bentuknya itu, daripada kejujuran seorang guru. Jadi, bagaimana seorang guru boleh melimpahkan ilmu di atas lempung yang tidak disediakan untuk menampung limpahan ilmu itu? Adakah ilmu akan lekat di atas lempung yang tidak berbentuk?
Saya tidak akan menerima jika guru dipersalahkan. Tidak ada dalam tradisi pendidikan Islam, yang telah membangunkan tamadun-tamadun agung kita – membenarkan guru-guru diperlekehkan sebegitu rupa. Malah, dengan jelas, jika kita tidak menyukai guru itu, atau ilmunya tidak serasi dengan kita, tradisi kita menyuruh kita meninggalkan guru itu. Cari guru yang lain. BUkannya datang dan menghambur guru-guru dengan penuh hinaan.
Hal ini sedikit sebanyak memperlihatkan cara ibu bapa zaman sekarang, berfikir. Mereka melihat guru itu sama tarafnya dengan kerja-kerja lain. Sama saja dengan pekerja kilang yang menjadi operator pengeluaran, biarpun yang ditadbir dan dibentuk oleh seorang guru ialah anak-anak. Jika seorang operator pengeluaran dinilai daripada pretasinya terhadap pengeluaran barang-barang, seorang guru kini dilihat setakat mena melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya. Jika seorang pelajar itu cemerlang akademiknya, tetapi tidak beradab, tidak mengapa. Itu tidak menjadi masalah, kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang.
Ibu bapa juga memikirkan tugas guru sangat senang. Berbanding penjawat awam yang lain, guru-guru mempunyai masa bertugas yang paling pendek. Hanya enam jam sahaja. Sesiapa juga boleh menjadi guru. Bagi saya faham seperti ini memperlihatkan sejenis cara berfikir yang pendek dan tidak berhikmah. Memang guru-guru bekerja selama enam jam, tetapi selama enam itu, mereka berurusan dengan manusia. Dan manusia bukanlah robot. Dan tugas guru ialah tugas profesional dan mulia. Tidak semua orang boleh menjadi guru.
Apabila ramai beranggapan semua orang boleh menjadi guru, kini lihat, apa yang berlaku terhadap profesion keguruan apabila dijadikan tempat untuk menyelamatkan ramai siswazah menganggur, yang bila menjadi guru, hanya menjadi penjawat awam yang makan gaji. Jika ibu bapa beranggapan menjadi guru itu mudah, sudah semestinya anak-anak mereka cukup beradab dan menghormati guru apabila disekolah. Jika mereka gagal mendidik anak-anak sejak kecil, mengapa mereka boleh berlagak di hadapan guru-guru seolah-olah mereka berjaya menjadi pendidik yang berjaya. Dalam hal ini, perlulah kita menghayati sikap adil yang ditekankan oleh Islam.”
Inisiatif ke-4: Popularkan kembali budaya “hero teachers” untuk tingkatkan pengiktirafan profesion guru
Inisiatif ke-5: Telefon pintar akan “dimanipulasi” untuk tujuan pendidikan
Inisiatif ke-6: Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah 2019

Bermula Januari 2019, anak tanpa warganegara boleh masuk sekolah kerajaan dengan hanya beri sijil kelahiran.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, pelbagai jenis dokumen yang diperlukan sebelum ini telah menyebabkan anak-anak tanpa status warganegara mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, dianggarkan seramai 300,000 anak tanpa warganegara berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia.
Justeru, pihak kementerian kini dalam usaha untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak ini supaya mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah kerajaan dan menerima pendidikan yang selayaknya.
“Selepas ini, jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia boleh mendaftar sekolah dengan mengemukakan sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkatan bagi anak angkat.”
“Dengan menyediakan salah satu daripada tiga dokumen iaitu sijil kelahiran, perintah mahkamah atau sijil mengambil anak angkat, ia sudah mencukupi untuk membolehkan anak tanpa kewarganegaraan dimasukkan ke sekolah kebangsaan”
“Jika seseorang kanak-kanak tiada sebarang dokumen yang disebutkan, mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung atau wakil rakyat”.
Namun begitu, anak tanpa warganegara yang tiada dokumen perlu melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam masa dua tahun.
“Anda tidak boleh menetap di Malaysia tanpa sebarang dokumen dan ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk melengkapkan segala dokumen diperlukan dalam tempoh dua tahun”, tambah Teo.
Inisiatif ke-7: Kawasan Rehat Guru akan diwujudkan

Inisiatif ke-8: Guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019
Dalam masa yang sama juga sebuah jawatankuasa mengkaji beban guru sedang bermesyuarat dengan pemegang taruh seperti NUTP untuk memastikan menjelang 2019, guru tidak lagi dibebani dengan kerja-kerja perkeranian. KPM percaya kualiti pengajaran boleh ditingkatkan setelah guru tidak lagi terbeban dengan kerja perkeranian.
KPM di era Malaysia baharu ini juga akan menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada para guru. Kita yakin guru-guru yang terlatih akan menjadi lebih berkualiti. Di samping itu, KPM juga sedang giat berkomunikasi dengan IPT terbabit untuk menukarkan jam-jam latihan yang dilalui oleh para guru untuk diakreditasi dan kemudian menjadi jam kredit di mana akhirnya para guru akan mendapatkan kelulusan di peringkat diploma lanjutan ataupun Masters dalam bidang pendidikan.
KPM menyasarkan penghasilan ‘scholarly teachers’ di mana dalam tempoh 10 tahun, kita bakal menyaksikan majoriti guru-guru kita merupakan pemegang ijazah Masters. Hal ini akan dilaksanakan tanpa memberikan beban tambahan kepada para guru.
Inisiatif ke-9: Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan selepas ini “slice and dice” ketirisan
Inisiatif ke-10: Ke arah menjadikan sektor pendidikan “OKU friendly”

Kementerian Pendidikan juga tidak memandang remeh terhadap kemudahan untuk warga orang kelainan upaya (OKU). Selari dengan itu, salah satu inisiatif tersebut adalah menjadikan sektor pendidikan OKU friendly.
Antara lain, budaya ‘hero teachers’ akan dipopularkan kembali untuk meningkatkan pengiktirafan profesion guru. Yang paling penting, isu sekolah daif juga akan diselesaikan supaya setiap pelajar dan guru mendapat keselesaan semasa proses belajar.
Inisiatif ke-11: Menyelesaikan isu sekolah daif
Diharap KPM dapat menyelesaikan isu sekolah daif yang masih lagi terdapat di kebanyakan sekolah di bandar dan luar bandar. Banyak kemudahan-kemudahan asas yang masih tidak memuaskan memerlukan perhatian dan tindakan KPM dan pihak berwajib.
Inisiatif ke-12: Kemeriahan “speakers corner” di sekolah-sekolah.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 12 Inisiatif KPM untuk Sekolah Menjelang 2019 memberikan informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.