Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2019

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2019

Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2019 kini dibuka secara atas talian! Mohon agar semua yang berminat untuk ikut segera dan buat permohonan dibawah.

Dimaklumkan bahawa iklan tawaran mengikuti kursus SPAK (Tabika/Taska) Tahun 2019 telah dibuka mulai 22 Oktober 2018 dan ditutup pada 5 November 2018 (Isnin) jam 12.00 tengahari.

Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak TABIKA TASKA Tahun 2019

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-akank (Tabika/Taska) Tahun 2019.

1. Syarat

  • Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    a) Warganegara Malaysia
    b) Berumur tidak melebihi 35 tahu pada tarikh tutup iklan
    c) Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan: dan
    d) Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta trasnkrip.
  • Nilai CGPA 2.70 keatas
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

2. Maklumat Asas Kursus

  • Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

3. Tarikh tutup permohonan : 05 November 2018

4. Panggilan temuduga

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Permohonan boleh dibuat terus secara atas talian di laman sesawang KEMAS di :

Sila login dan isi maklumat mengikut keperluan yang diminta. Segala maklumat pastikan diisi dengan tepat.

Permohonan Online : Sijil SPAK (Tabika/Taska)

  • Dibuat secara atas talian.
  • Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mebgikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com sahaja yang akan diterima.

Isi Segera

Kepada anda semua yang berminat dan layak, diharap dapat membuat permohonan dengan kadar segera. Semoga ianya dipermudahkan segala urusan untuk anda dan semoga berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

18 − seventeen =