Pengetua Liwat Saya! Murid Buat Laporan Polis Diliwat Pengetua Berusia 55 Tahun

pengetua sekolah menengah liwat murid

Kes liwat murid oleh pengetua sekolah lagi!. Admin cukup pantang sebenarnya bila mendengar kes sebegini. Kenapa tidak, sudah banyak berlaku di Malaysia dimana peliwat atau pencabul ini terdiri daripada kalangan guru dan ada antaranya merupakan mereka yang bergelar Ustaz, Pengetua, Penolong Kanan dan sebagainya. Apa nak jadi dan kenapa terjadi?

Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Batas di Laporkan Meliwat Murid

POLIS hari ini memanggil pengetua sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, susulan laporan dua kanak-kanak bahawa bahawa mereka diliwat oleh lelaki itu.

Difahamkan, lelaki berusia 55 tahun itu dipanggil bagi tujuan untuk direkodkan keterangannya.

Sumber berkata, terdahulu, kanak-kanak berkenaan masing-masing berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan polis itu, hari ini.

Menurutnya, mereka mendakwa diliwat oleh pengetua lelaki berkenaan ketika menyertai program pendidikan di sebuah sekolah menengah, baru-baru ini.

Difahamkan, program terbabit turut membabitkan murid sekolah rendah.

“Susulan itu, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tujuan pemeriksaan sebelum didapati ada kesan kecederaan pada dubur mereka.

“Kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sumber itu berkata, beberapa mangsa lain juga dijangka tampil membuat laporan polis kerana mendakwa diliwat suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berhubung kes itu. Harian Metro

Pandangan Tuan Syed Azmi Alhabshi (Aktivis Kemanusiaan)

Pengetua>Ustaz>cikgu.
Ini headline yang buatkan sensasi kes yang melibatkan sekolah.

Tapi sebenar-benarnya:
Pengetua=Ustaz=Cikgu. 
Sama sahaja.

Ada banyak variables lain, tapi ini contoh sahaja.

Penyalahgunaan kuasa adalah sama dalam semua pemangsa di atas.

Dahulu, kalau kes pendidik di luar sekolah, pihak sekolah selalu kata luar sekolah bukan urusan kami.

Saya mahu tekankan kali ini, selagi seseorang bergelar pendidik dan tak kira waktu formal, urusan time sekolah, aktiviti luar anjuran sekolah mesti pihak Kementerian Pendidikan campur tangan membantu siasatan please.

In a way, I am so glad the children buat laporan polis although I know the journey for the kids must be hard.

Syed Azmi Alhabshi

Guru Ambil Kesempatan Atas Kepercayaan Murid & Ibubapa

Admin jarang mengulas isu berat seperti ini tetapi kerana ianya berkait rapat dengan admin sendiri, maka admin akan cuba kongsikan juga. Ya, perkongsian yang akan cuba dipendekkan sebaik mungkin agar isi cerita sampai dan mengelakkan ada pihak yang salah faham. Cerita ini diceritakan sendiri kepada admin dan bukan admin baca dari mana-mana. Berlaku di sekolah kawan rapat admin sendiri ya.

Guru Penolong Kanan Ambil Kesempatan

Dahulu, ada seorang Penolong Kanan (PK) (seorang lelaki) yang suka memeluk, memegang dan memang terlalu baik dengan murid lelaki. Pada mulanya kawan admin sendiri cuba tidak berfikiran negatif, tetapi makin lama makin banyak pula perkara pelik yang admin nampak sendiri yang dibuat oleh PK ini.

Antaranya dia suka bawa balik murid-murid ke rumah dan suka bawa murid pergi jalan-jalan sama ada makan angin di resort dan air terjun, tengok wayang, tidur hotel, dan sebagainya. Layanan yang diberikan kepada murid-murid lelaki tahun 6 dilihat sangat istimewa terutamanya murid-murid yang disayanginya.

Keadaan juga menjadi parah apabila ada guru-guru yang bercakap mengatakan murid-murid tahun 6 pada tahun itu mula kurang hormat pada guru-guru lain. Banyak perkara-perkara yang tidak sedap dilihat dan didengar oleh kami terjadi disekolah itu. Jadi, mulalah ada guru yang bertanya kepada para murid. Malangnya semua tidak membuka mulut.

Pecah Tembelang

Satu ketika, akhirnya ada murid yang dikatakan dicabul oleh PK ini membuka mulut kepada salah seorang gurunya. Bunyi macam tak serius, tetapi rupa-rupanya ramai mangsa yang sudah kena! Dari sini, kisah-kisah beberapa tahun lepas mula timbul balik. Rupanya ramai murid yang sudah kena cabul dari batch sebelum mereka lagi dan pada tahun itu sudah ada murid tahun 4 yang mula direkrut (grooming) kearah songsang.

Pening kepala? Ya, apa nak dibuat dan bagaimana nak buat untuk selesaikan kes ini?

Antara perbuatan yang dilaporkan murid-murid yang dibuat oleh PK ini kepada mereka ialah :

  1. Guru PK ini mencium pipi mereka
  2. Guru PK ini juga meminta mereka mencium pipinya
  3. Menggeselkan kaki pada kemaluan mereka
  4. Tidur bersama-sama
  5. Memegang kemaluan mereka
  6. Meminta/ menawarkan murid memegang kemaluannya
  7. Etc.

Ibubapa Main Peranan

Alhamdulillah dengan nasihat guru, murid balik kerumah dan ceritakan kisah ini kepada ibubapa masing-masing. Respondnya ada 3 respon berbeza!

  • Ibubapa yang cakna terus buat laporan polis
  • Ibubapa yang malu terus diamkan diri dan tidak mahu campur tangan.
  • Ibubapa yang tak kisah. Marah tetapi hanya mengambil keputusan untuk tidak lagi benarkan anak-anak mereka tidur atau ikut PK ini kemana-mana.

Kerana ada laporan. Akhirnya Guru PK ini di tangkap polis. Tapi memang penuh drama kisah ini sebenarnya. Kalau ditulis terlalu panjang tetapi asasnya ialah guru PK ini telah gunakan kuasanya sebagai PENTADBIR untuk mengambil kesempatan keatas murid!

KPM Perlu Atasi Segera Isu Ini

Menteri kita pada kali ini nampaknya begitu aktif sekali dan nekad untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini. Mungkin banyak perkara yang sedang dibincang dan dirancang untuk memastikan perkara seperti ini diselesaikan di akar umbi lagi.

Pada pandangan anda pula, apa peranan guru-guru lain jika perkara ini berlaku di sekolah?