Langgani Pek Jasa Unifi Mobile RM57 untuk Internet & Call tanpa Had! Dan Unifi 30Mbps Hanya RM79

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

pek-jasa

PEK JASA adalah hasil MOU atau usahasama antara NUTP dengan TM1. Seperti yang kita tahu, NUTP telah banyak mengusahakan pelbagai perkara untuk memperjuangkan hak-hak guru serta nasib para pendidik di negara kita.

NUTP juga banyak membantu guru-guru yang memerlukan khidmat nasihat atau yang menghadapi masalah undang-undang dalam kerjanya. Itu yang ramai orang tahu. Sebenarnya banyak lagi perkara yang NUTP telah wujudkan seperti skim insurans perubatan, tabung kebajikan dan tabung khairat kematian, serta pelbagai lagi. Dan Pek Jasa ini juga antara salah satu usaha yang dibuat oleh NUTP bagi memberikan kelebihan kepada para guru.

Untuk lebih lanjut mengenai NUTP, anda boleh pergi ke laman rasmi NUTP iaitu http://www.nutp.org.my/

Langgani Pek Jasa sekarang di TMpoint berdekatan!

Untuk menerangkan lebih mudah, mari kita lihat apa itu Pek Jasa.

plan pek jasa

Soal Jawab Soalan Lazim Pek Jasa

  1. Apakah Pek Jasa?
  • Pakej ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS pada
    nilai RM59 sebulan, dengan syarat anda melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM
    serta menggunakan model telefon Band 5.
  • Pelanggan juga akan berpeluang mendapat set telefon mudah-alih secara percuma,
    bagi perkhidmatan unifi Mobile yang diaktifkan dalam masa 30 hari, selagi stok masih
    ada.
  • Bagi pelanggan baru yang ingin melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini
    turut menawarkan produk unifi LITE PLAN™, ADVANCE™ atau PRO™ bersama dengan
    Pek Jasa.

2. Saya adalah pelanggan jalur lebar sedia ada, bolehkah saya melanggan Pek Jasa? Perlukah saya menukar pakej jalur lebar saya?

  • Anda tidak perlu menukar langganan jalur lebar sedia ada. Pek Jasa boleh dinikmati
    dengan menambah perkhidmatan unifi Mobile pada harga RM59.

3. Apakah kriteria yang diperlukan oleh bakal pelanggan untuk layak memohon pakej ini?

  • Semua guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Pegawai
    Perkhidmatan Pelajaran yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat
    Pendidikan Negeri (PPN) dan dimana-mana jabatan di bawah Kementerian Pendidikan
    yang bergred DG. Pra-syarat langganan ialah pemohon perlu mempunyai akaun unifi
    atau TM Broadband.

4. Bilakah Pek Jasa ini akan ditawarkan?

  • Pek Jasa ini ditawarkan bermula dari 13 Mac hingga 31 Disember 2018

5. Apakah perbezaan antara pakej ini dengan pakej jalur lebar kediaman sedia ada yang ditawarkan oleh TM?

  • Pek Jasa ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS, di mana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan di luar kawasan rumah manakala
    perkhidmatan jalur lebar kediaman hanya dinikmati di rumah.

6. . Mengapakah Pek Jasa ini hanya ditawarkan kepada guru-guru?

  • Ini adalah sebagai usaha TM menyokong dan membantu golongan pendidik khususnya
    guru-guru dalam mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang banyak terdapat di
    atas talian. Kami juga berhasrat menggalakkan guru-guru menguruskan tugas harian
    dan lain-lain aktiviti mereka hanya dengan satu klik.

7. Bagaimana hendak melanggan pakej ini?

  • Anda hanya perlu membawa MyKad anda, surat pengakuan rasmi dari Pengetua atau
    Guru Besar sekolah atau Ketua Jabatan dengan cap rasmi dari pejabat sekolah atau
    Jabatan Pendidikan Negeri ke TMPoint terdekat.

8. Di manakah saya boleh melanggan Pek Jasa ini?

  • Anda boleh melanggan pek ini di mana-mana TMPoint yang berdekatan

9. Berapa jumlah talian unifi Mobile yang boleh dilanggani di bawah Pek Jasa?

  • Maksimum 5 talian unifi Mobile yang boleh dilanggan di dalam satu alamat rumah yang
    mempunyai unifi atau Broadband dengan syarat pendaftar talian unifi Mobile adalah
    guru atau anggota yang berdaftar dengan MOE bergred DG.
  • unifi atau broadband tidak perlu guru atau anggota yang berdaftar dengan MOE.

10. Bolehkah nombor telefon saya yang sedia ada dipindahkan ke pelan Pek Jasa?

  • Ya, anda boleh memindahkan nombor pelan sekarang kepada Pek Jasa jika anda tidak
    mempunyai sebarang baki yang belum dijelaskan, tidak disenarai-hitamkan dan tidak
    lagi terikat dengan kontrak dengan pembekal perkhidmatan semasa. Anda boleh
    lakukannya di mana-mana kaunter TMPoint.

11. . Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan langganan unifi Home.

  • Pelanggan boleh terus menikmati unifi Mobile kerana kami sangat menghargai jasa guru-guru dalam mendidik anak-anak Malaysia

Sebelum Melanggan Jangan Lupa Semak Coverage Anda

Penting sangat sebelum anda melanggan pek jasa ini, pastikan anda menyemak dulu kawasan anda itu sama ada mempunyai liputan talian atau tidak. Jadi anda tidaklah merungut jika selepas sudah melanggan tiba-tiba baru anda tahu kawasan anda mempunyai coverage yang lemah.

Baiklah, untuk menyemak, anda perlu ke = Semak Coverage Unifi

Seperti yang dilihat, akan dipaparkan peta dan anda boleh mencari peta kawasan anda di bahagian “Search”. Jangan lupa untuk tick atau untick pada coverage yang anda ingin semak. Sebagai contoh boleh lihat gambar dibawah ini.

semak coverage unifi

Anda boleh juga ambil option atau pilihan sama ada nak menyemak coverage untuk mobile atau mobile broadband. Cukup mudah bukan? Warna-warna yang dipaparkan pada peta itu adalah coverage sama ada 3g atau 4g.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

thirteen − 7 =