Kerja Kosong di MARA dengan Pelbagai Tawaran Gred dan Jawatan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Kerja Kosong di MARA dengan Pelbagai Tawaran Gred dan Jawatan

Kerja Kosong di MARA dengan Pelbagai Tawaran Gred dan Jawatan kini boleh di buat permohonan dengan kadar SEGERA! Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat – Syarat Jawatan Dipenuhi.

Info Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Permohonan

  1. Hanya Satu Permohonan Sahaja Dibenarkan Untuk Setiap Permohonan.
  2. Sila Pastikan Maklumat Anda Diisi Dengan Lengkap Dan Sempurna Sebelum Hantar.
  3. Calon-calon yang Disenarai Pendek Sahaja Yang Akan Dihubungi.
  4. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), Seseorang Pemohon Yang Memberi Maklumat Palsu Atau Mengelirukan Dalam Borang Pemohonan Jika Disabit Kesalahan Boleh Dihukum Penjara 2 Tahun Atau Didenda Dua Ribu Ringgit Malaysia Atau Kedua-duanya Sekali.
  5. Saya Akui Bahawa Maklumat Yang Diberi Adalah Benar Dan Sekiranya Maklumat Itu Didapati Palsu, Permohonan Saya Akan Terbatal Dan Jika Saya Telah Ditawarkan, Perkhidmatan Saya Akan Ditamatkan Serta-merta.

Iklan Kerja Kosong di MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan in mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi danboleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan KONTRAK seperti yang diterangkan dibawah ini.

Kerja Kosong di MARA dengan Pelbagai Tawaran Gred dan Jawatan

Kerja Kosong di MARA dengan Pelbagai Tawaran Gred dan Jawatan

Kekosongan jawatan adalah di seluruh Pusat Pentadbiran MARA di Malaysia.

Syarat Asas Lantikan bagi Jawatan-jawatan yang di Iklankan

1. Calon bagi lantikan bagi bilangan 1 hingga 4 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran adalan peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Calon bagi lantikan bilangan 5 hingga 6 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Lulus 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 1 mata pelajaran adalan peringkat kepujian bahasa melayu dan selebihnya lulus 4 peringkat lulus pada peringkat pentaksiran tingkatan 3 (PT3) Menengah Rendah atau kelulusan setarf dengannya oleh kerajaan.
  • Memiliki kepujian sekurang-kurangnya C dalam subjek bahasa melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan Jawatan Kosong di MARA

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman Web MARA di www.mara.gov.my

2. Permohonan yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan PRestasi Tahunan terkini disertakan bersama.

3. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.

4. Hanya permohonan yang dibuat secara online di MARAnet sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi perauturan yang dinyatakan akan ditolak.

5. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 13 Oktober 2018

6. Download borang permohonan di iklan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here