Gred Pemarkahan Peperiksaan di Sekolah Bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Gred Pemarkahan Peperiksaan di Sekolah Bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5

Gred Pemarkahan Peperiksaan di Sekolah Bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5 ini sebenarnya pernah berubah dan oleh sebab itu mungkin masih ada guru atau ibubapa yang keliru dengan perubahan ini.

Seperti yang kita tahu, untuk mendapatkan Slip Peperiksaan anda boleh Semak Keputusan Peperiksaan di SAPS Ibubapa dan dari sini ibubapa boleh dapatkan keputusan anak-anak mereka di dalam peperiksaan yang telah mereka lalui.

Sekarang jadi 1 tanda tanya pula apabila dilihat gred dan markah tidak selari dengan pemahaman ibubapa tentang gred terbaru. Oleh itu mari kita kemaskini info di dalam pemahaman kita mengenai gred pemarkahan ini.

Gred Permakahan Tahun 1 Hingga Tahun 6

Gred ini terpakai untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 bagi KSSR.

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6)

Gred Pemarkahan Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 3

Gred ini pula terpakai untuk murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi kurikulum KSSM.

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)

Gred Pemarkahan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Berikut pula adalah gred pemarkahan bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Gred ini tidak mencerminkan markah bagi SPM kerana biasanya pada SPM konsep penggredan adalah menggunakan graf binomial atau “graf loceng”. Ianya mengikut tahap soalan dan jumlah murid pada sesuatu pencapaian.

Tetapi bagi peperiksaan di peringkat sekolah, maka gred berikut diguna pakai.

GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (TINGKATAN 4-5)

Kepentingan Fahami Gred Pemarkahan Peperiksaan

Memahami kenapa markah-markah peperiksaan ini dibahagikan mengikut gred-gred tertentu adalah penting. Bukan sahaja kita perlu tahu markah 80 itu adalah A, 70 itu adalah gred B. Tetapi jauh dari itu ialah kita dapat menilai tahap murid.

A dikatakan Cemerlang. Cemerlang ini bermaksud murid ini dapat menguasi topik pembelajaran dengan jayanya. Tetapi walaupun A, markah sama ada 80 ke 90, atau 90 ke 100 pula perlu dilihat. Maksudnya jika markah murid hanya 82, dia memang cemerlang tetapi dia tetap perlu fokus dan teruskan usaha gigih untuk belajar kerana markah cemerlangnya itu hampir turun ke gred B.

Begitulah seterusnya. Jadi bukan sahaja para guru yang akan mengambil perhatian keatas perkara ini tetapi ibubapa dan murid-murid juga dapat menilai tahap kefahaman mereka di dalam sesuatu subjek.