Download Nota Teknik Menjawab UPKK Subjek Akidah, Ibadah, Jawi & Khat, Sirah, Adab dan Al Quran

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Download Nota Teknik Menjawab UPKK Subjek Akidah, Ibadah, Jawi & Khat, Sirah, Adab dan Al Quran

Download Nota Teknik Menjawab UPKK Subjek Akidah, Ibadah, Jawi & Khat, Sirah, Adab dan Al Quran ini dikumpulkan dari website Cikguayu.com. Kami di Sistemguruonline hanyalah menghimpunkan semua nota teknik menjawab ini dari sana dan ianya sepenuhnya hak milik yang di keluarkan oleh Ustaz Azhari Sulaiman.

Dapatkan Nota Teknik Menjawab UPKK disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)

1.0 MATLAMAT

Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

2.0 BIDANG-BIDANG YANG DINILAI

2.1       Al-Quran.

2.2       Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).

2.3       Sirah

2.4       Adab (Akhlak Islamiyah )

2.5       Jawi dan Khat

2.6       Asas Lughatul Quran

2.7       Penghayatan Cara Hidup Islam.

2.8       Amali Solat

3.0 BENTUK PENILAIAN

3.1       Bentuk Lisan                            :    Al-Quran

3.2       Bentuk Amali                           :    Amali Solat

3.3       Bentuk Lisan & Pemerhatian  :        Penghayatan Cara Hidup Islam

3.4       Bentuk Penulisan                    :     Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )

Sirah

Adab (Akhlak Islamiyah)

Jawi dan Khat

Asas Lughatul Quran

4.0 PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK

4.1  Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan.

4.2  Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

5.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

5.1  Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.

5.2  Mengikut Kurikulum KAFA.

5.3  Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).

5.4  Berdaftar untuk menduduki UPKK.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.1  Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).

6.2  Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

7.0 PUSAT UPKK

7.1   Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.

7.2   Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

8.0 PENGENDALIAN PENILAIAN

8.1 Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri.

8.2 Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang dinilai.

8.3  Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.

8.4   Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

9.0  ** PENGGREDAN

9.1   Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

2A (Tahap Cemerlang) 80-100
3B (Tahap Baik) 60-79
4C (Tahap Memuaskan) 40-59
5D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39

* * Tertakluk kepada sebarang perubahan

10  SIJIL

Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here