Bila bercakap tentang perkara ini, rasanya masih ramai yang tidak tahu mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan 5 Hari Bekerja Seminggu ini. Ianya bukan perkara baru tetapi masih ramai yang lupa atau tidak pernah tahu mengenainya disebabkan sudah terbiasa dengan keadaan kerja sekarang.
Sebenarnya, ada pekeliling yang menyatakan bahawa TIADA AKTIVITI/KERJA PADA HARI SABTU MINGGU PERTAMA, KETIGA DAN KELIMA.
Mengenai Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016
Kebelakangan ini, KPM masih menerima rungutan khususnya oleh guru-guru di sekolah yang memaklumkan bahawa pihak jataban pendidikan negeri (JPN), PPD serta sesetengah pengetua dan guru besar masih tidak mematuhi arahan tersebut.
KPM ingin menegaskan semula kepada semua pihak yang terlibat, bahawa pelaksanaan bekerja lima hari seminggu seperti yang termaktub dalam SPI Bil. 8/2005 hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Dalam hal ini, pihak JPN, PPD serta pengetua dan guru besar hendaklah menyelaraskan pelaksanaan program, aktiviti termasuk mesyuarat yang melibatkan guru-guru diperingkat masing-masing. Bagi tujuan penyelarasaan pelaksanaan program, aktiviti dan mensyuarat tersebut, hari Sabtu yang dibenarkan ialah hari Sabtu minggu kedua, dan keempat sahaja. Tiada sebarang aktiviti, program atau mesyuarat dibenarkan untuk dijalankan pada hari Sabtu minggu pertama, minggu ketiga dan minggu kelima.
Pihak pengurusan JPN, PPD dan sekolah pelru memasmtikan arahan di perenggan 3 dan juga Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.82005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu yang sedang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.
Masih Ada Yang Ingkar?
PERSOALANNYA: Ada sekolah yang sentiasa ada program tak kira hari Sabtu atau Ahad. Perkara ini telah terpesong dari perenggan 3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 Pelaksanaan Bekerja Lima hari Seminggu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bukan sahaja dua kali Sabtu dalam sebulan malahan ada yang sampai lima kali Sabtu sebulan.
Antara aktiviti yang dijalankan :
- Hari Kokurikulum
- Sukan Tahunan
- Kelas Tambahan
- Latihan Sukan dan Permainan
- Kem Bestari Solat
- Kem Motivasi
- Gotong Royong
- Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
- Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ)
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD)
- Mengemaskini Fail-Fail
- Mesyuarat Agung PIBG
- Mesyuarat-Mesyuarat
- Aktiviti anjuran NGO
- dan macam-macam lagi aktiviti
AKIBATNYA : Pelbagai pekara negatif yang mungkin berlaku. Antaranya ialah :
- Merenggangkan hubungan suami isteri dan anak-anak
- Ibu bapa dan keluarga di kampung jarang dijenguk 3
- Hubungan dengan jiran tetangga agak renggang
- Hubungan dengan masyarakat renggang
- Merasakan ada tekanan dalam pekerjaan
- dan lain-lain lagi
Amin marah sungguh kerana tiap hari isterinya, cikgu Aminah balik lewat dari sekolah. Aminah sampai di rumah sekitar pukul 3.30 petang hingga 4.00 petang. Apabila ditanya jawapannya tetap sama iaitu “mesyuarat”.
“Tak kan hari-hari ada mesyuarat”, rengus Amin sambil memandu keretanya ke sekolah isterinya.
Apabila sampai sahaja di sekolah, dilihat banyak kereta guru-guru di sekolah itu masih tercogok di hadapan sekolah. Amin bertanya Pengawal Keselamatan yang berada di pintu pagar sekolah dan jawapannya adalah sama iaitu “mesyuarat”.
“Huh, betul le mesyuarat.” sekali lagi Amin merengus seolah-olah hilang kepercayaan terhadap isterinya cikgu Aminah.
Hari Sabtu yang lalu, Amin bercadang untuk balik ke kampung. Sudah lama ia tidak menjenguk emak dan ayahnya di kampung. Disebabkan isterinya, cikgu Aminah ada program di sekolah, maka hasratnya untuk balik kampung dibatalkan walaupun anak-anaknya melompat dan menjerit kesukaan kerana balik kampung. Kegembiraan anak-anaknya tidak lama apabila ibu mereka iaitu cikgu Aminah terpaksa ke sekolah hari Sabtu tersebut kerana ada program sekolah.
Petang itu, cikgu Aminah balik lambat lagi. Apabila sampai di rumah, Amin terus menyatakan hasratnya untuk balik kampung pada hari Sabtu nanti sementelah pada hari Isninnya cuti Hari Keputeraan Sultan Perak. Amin dan anak-anak berangan-angan dapat bermalam di kampung sekurang-kurangnya dua malam. Namun angan-angan dan impian Amin dan anak-anaknya berderai apabila cikgu Aminah menyatakan hari Sabtu dan Ahad ada program motivasi di sekolahnya.
“Awak ambil tikar bantal, pegile duduk kat sekolah tuh!” luah Amin kepada isterinya dengan nada yang perlahan tetapi amat menguriskan perasaan cikgu Aminah. – sumber
Dapatkan Pekeliling dan Surat Siaran Berkaitan
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Sekolah Anda Bagaimana?
Admin nak tanya, sekolah anda macam mana? Cuba send post ini dalam group whatsapp sekolah.