Video Tsunami Sulawesi Indonesia 28/9/2018

Video Tsunami Sulawesi Indonesia 28/9/2018

Video Tsunami Sulawesi Indonesia 28/9/2018 nampaknya sangat mengejutkan kita. Pada awalanya amaran tsunami yang dikeluarkan dikatakan telah ditarik balik, namun begitu tsunami telah melanda juga Sulawesi Indonesia.

Salam TAKZIAH kepada warga Sulawesi Indonesia yang baru sahaja diuji dengan satu lagi ujian berat. Semoga semua mangsa yang dilanda Tsunami tabah menghadapi dugaan dan buat keluarga mangsa, semoga semuanya selamat.

Setiap ujian yang datang ada hikmahnya. InsyaAllah, bertabahlah saudara kita semua yang berada disana. Teruskan kuat hadapi dugaan tsunami ini.

Kata Saffri, sejak bencana tsunami di Acheh pada 2004, kerajaan Indonesia telah menggerakkan pelbagai sistem amaran di seluruh pesisir wilayah Indonesia, termasuk di Palu dan Donggala.

“Kota Palu ini bukan satu kawasan yang sering terjadinya gempa bumi, jadi kami masyarakat di sini terkejut dengan kedatangan gempa bumi kali ini.

“Sebelum ini, kejadian gempa bumi hanya pernah berlaku pada tahun 1962 dan 1996,” katanya.

Tegasnya, tidak timbul isu kerajaan lalai atau tidak memberi peringatan kepada masyarakat kerana sistem amaran bencana telah pun ditempatkan di daerah-daerah pesisir, untuk gempa bumi mahupun tsunami.

“Tetapi ini semua tidak kita inginkan. Apa yang penting sekarang, rakyat, kerajaan dan negara tetangga semua sedang berusaha memberi bantuan kepada masyarakat Palu dan Donggala agar aktiviti di sini boleh kembali pulih,” kata Saffri.

Bantuan yang paling diperlukan setakat ini?

“Ketika ini, masyarakat di Palu dan Donggala semua telah meninggalkan kawasan pesisiran dan pinggir-pinggir laut untuk ke daerah-daerah lebih tinggi.

“Tentunya, apa yang diperlukan buat masa ini adalah makanan, ubat-ubatan, selimut, tempat tinggal dan yang utamanya, air bersih. Ia akan menjadi masalah jika keperluan air bersih tidak dipenuhi,” kata Saffri.

Tambahnya, selain mendapatkan sumber bekalan, pasukan bencana dan sukarelawan juga sedang berusaha membantu orang ramai mencari ahli-ahli keluarga mereka yang hilang. Astro Awani

Tsunami Sulawesi: Hampir 100 mangsa terkorban

KUALA LUMPUR : Jumlah kematian akibat bencana tsunami di bandar Palu dan Donggala di Pulau Sulawesi, Indonesia, dilaporkan telah meningkat ke 96 orang.

Menurut wartawan media tempatan Kompas TV, Saffri Sitepu, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) memberitahu, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat ke 350 orang, dan mereka telah dipindahkan ke hospital di kedua-dua bandar.

“Angka kematian dan kecederaan berdasarkan mangsa yang ditemui oleh Basarnas dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB).

“Saat ini, pemerintah (kerajaan) Indonesia sedang berusaha memberikan bantuan dan pertolongan kepada masyarakat di Palu dan Donggala.

“Gempa dan tsunami ini membuat kita sangat sedih kerana banyak sekali rumah, gedung, peralatan dan aktiviti masyarakat jadi lumpuh terus,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI sebentar tadi.

Berita dari Astro Awani

PALU: Agensi Geofizik Indonesia mengesahkan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah.

Beberapa pengguna Twitter berkongsi video sebaik ombak berukuran 2 meter membadai pantai di kawasan Palu.

Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terkini dan masih belum menerima sebarang laporan kematian di sana.

 

Agensi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia sebelumnya telah menarik balik amaran tsunami selepas beberapa jam gempa itu berlaku.

 

Agensi Mitigasi Bencana Nasional dilaporkan berkata, mereka mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di Donggala dan Palu memandangkan rangkaian telekomunikasi yang terjejas selain bekalan elektrik pula terputus.

Sejumlah 600,000 penduduk berada di Donggala dan Palu.

Buat masa ini, lapangan terbang Palu telah ditutup.