
Terengganu Cuti 30 September Sempena Juara SUKMA ke-19. Tahniah negeri Terengganu! Selepas meraih 56 pingat emas pada temasya sukan SUKMA ke 19 kali ini para atlet Teregganu telah membuktikan bahawa misi mereka untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan itu benar-benar tercapai!
Kagum! Itulah yang selalu pihak admin dengar dari mulut netizen terutama para guru dan rakan-rakan yang banyak berkongsi pendapat mengenai pembangunan sukan di negeri Terengganu ini.
Nampaknya, selain pembangunan pendidikan yang hebat di sini, negeri-negeri lain juga perlu belajar dari negeri Terengganu bagaimana sistem pembangunan yang mereka lakukan dari peringkat akar umbi sehinggalah peringkat pelaksana.
Sekali lagi, tahniah buat semua atlet Terengganu dan buat semua rakyat Terengganu anda mendapat 1 hari cuti minggu depan. Raikannya dengan bersederhana dan penuh kesyukuran insyaAllah akan bertambah kejayaannya. Amin.
Terengganu Cuti 30 September
MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengisytiharkan cuti peristiwa bagi negeri Terengganu pada 30 September ini susulan kejayaan kontinjen negeri merangkul juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 di Perak yang melabuhkan tirainya, malam tadi.
Beliau berkata, cuti peristiwa itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada semua pegawai dan atlet SUKMA serta rakyat Terengganu yang turut sama menyokong kejayaan kontinjen negeri meraih 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa untuk mengumpul keseluruhan 160 pingat.
“Pihak kerajaan negeri merakam ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen Terengganu yang diketuai Samiun Salleh selepas beraksi cemerlang dengan kutipan pingat berkenaan, sekali gus dinobatkan sebagai juara SUKMA 2018.
“Kejayaan kontinjen Terengganu merampas kembali gelaran juara SUKMA ini, sekali gus melunaskan slogan ‘Win Back Mission’ yang ditetapkan kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT),” katanya yang mengucap tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini.
Terengganu yang menduduki tempat ketiga SUKMA di Sarawak pada 2016 menjadikan sukan berbasikal sebagai lubuk emas apabila berjaya membolot 14 emas diikuti perahu layar lapan emas, judo lima emas dan olahraga empat emas.
Kejayaan muncul juara keseluruhan ini menyamai rekod diraih sebelum ini apabila muncul juara SUKMA empat kali berturut-turut bermula 2008 di Kuala Terengganu diikuti 2010 di Melaka, 2011 di Kuala Lumpur dan 2012 di Pahang. hmetro.
Negeri Terengganu Juara
Akhir kata, pihak admin SGO sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak. Anda memang hebat dan semoga kejayaan ini akan terus berterusan.