Surat Pekeliling Ikhtisas 06/2016 Mengenai Kebenaran Murid Lain Cuti Semasa UPSR dan Pentaksiran Pusat Lain

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Surat Pekeliling Ikhtisas 06/2016 Mengenai Kebenaran Murid Lain Cuti Semasa UPSR dan Pentaksiran Pusat Lain

Surat Pekeliling Ikhtisas 06/2016 Mengenai Kebenaran Murid Lain Cuti Semasa UPSR dan Pentaksiran Pusat Lain ini sebenarnya ramai pentadbir yang mungkin terlepas pandang, tidak tahu kewujudannya atau mungkin lupa.

Oleh sebab itu, hari ini pihak SGO cuba dapatkan SPI ini dari Pekeliling.com dan inilah dia perkongsian yang pasti ramai guru-guru dan pentadbir diluar sana yang sedang mencarinya.

Sebenarnya memang KPM melalui Surat Pekellling lkhtisas Bilangan 5/1990, bertarikh 23 Ogas 1990 telah membenarkan cuti bergilir pada hari peperiksaan kepada murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun SPI tersebut hanya meliputi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.

Jadi, isunya sebelum ini ada pihak pentadbir yang telah mengarahkan murid-murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan untuk cuti semasa hari peperiksaan utama ini. Hal ini disebabkan beberapa perkara atau kekangan iaitu:

  1. Bagi sekolah yang tidak mempunyai dewan, kelas-kelas digunakan untuk kegunaan peperiksaan awam/pentaksiran pusat;
  2. Membolehkan peperiksaan dijalankan dengan tenang tanpa gangguan daripada murid lain yang tidak menduduki peperiksaan awam/pentaksiran pusat tersebut; dan
  3. Ramai guru diperlukan untuk mengawas peperiksaan awam/pentaksiran pusat di sekolah lain.

Dari sini, maka wujudlah 1 SPI bil.06/2016 yang ingin pihak SGO ketengahkan ini. Mari lihat ringkasannya dan dibawah sekali anda juga boleh download pekeliling ini.

Kebenaran Cuti Bergilir dan Ringkasan SPI Bil.06/2016

Berdasarkan faktor yang dinyatakan dalam perenggan 5, KPM berpandangan terdapat keperluan untuk pihak sekolah melaksanakan cuti secara bergilir. Sehubungan ttu SPI ini hendaklah ·difahami seperti berikut :

  1. Hari-hari peperiksaan awam/pentaksiran pusat hendaklah dianggap sebagai hari persekolahan;
  2. Murid selain daripada mereka yang menduduki peperiksaan awam/ pentaksiran pusat, boleh dicutikan pada hari-hari peperiksaan awam/ pentaksiran pusat dijalankan secara bergilir mengikut kelas atau Tahun/Tingkatan;
  3. Bilangan kehadiran bagi murid yang dicutikan tidak diambil kira sebagai hari persekolahan murid tersebut.

Cara Pengiraan Hari Kehadiran dan Cara Isi APDM

Cara Pengiraan Hari Kehadiran dan Cara Isi APDM

  • Kehadiran murid dalam buku kedatangan ditanda sebagai cuti bergilir.
  • Dalam e-kehadiran bagi murid yang dicutikan, tidak perlu ditanda hadir atau tidak hadir (Tidak perlu dikemas kini bagi cuti berganti tersebut)

Dapatkan Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : SPI Bil.06/2016 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

Penutup

Mengikut SPI ini, diharap pihak pentadbir dapat membuat keputusan bijak dalam memberikan cuti kepada murid-murid lain  yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Faktor-faktor ketiadaan guru semasa peperiksaan kerana pergi ke sekolah lain menjadi pengawas peperiksaan antara masalah yang perlu dilihat kerana guru lain akan terpaksa mengganti jadual guru tersebut.

Selain itu, faktor keselesaan calon, fokus, dan sebagainya perlu dilihat dengan lebih teliti. Jika perlu, berikan cuti kepada murid yang tidak terlibat keran ianya memang boleh dan ada dinyatakan di dalam SPI yang dikongsikan diatas ini.