Permohonan Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan 2019 Kini Dibuka

 

PERMOHONAN ONLINE

Permohonan Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan 2019 Kini Dibuka. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke MRSM Ambilan 2019 kini dibuka secara online.

Umum sedia maklum, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Sehubungan dengan itu, MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 9 September 2018 hingga 30 November 2018.

TARIKH BUKA: 9 SEPTEMBER 2018

TARIKH TUTUP: 30 NOVEMBER 2018

Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3.

 Sila klik pada pautan atau gambar berikut untuk memohon:

cats 1

Permohonan Bagi Tingkatan 1

cats2

Permohonan Bagi Tingkatan 4

Penutup

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Permohonan Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan 2019 Kini Dibuka sedikit sebanyak dapat memberikan informasi terkini kepada anda semua. Semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

” SGO Web Pendidikan No. 1 Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa “