Lee Chong Wei di Sahkan Hidap Kanser Hidung! Terima Rawatan di Taiwan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

chong wei hidap kanser hidung
kredit gambar dari mStar

Berita mengenai Lee Chong Wei Hidap Kanser Hidung telah menggemparkan rakyat Malaysia terutamanya peminat badminton seluruh dunia. Berita ini telah disahkan sendiri oleh BAM yang menyatakan LCW telah di diagnosis menghidap kanser hidup peringkat awal.

Untuk lebih lanjut mari kita baca berita dari sinar harian.

Chong Wei Hidap Kanser Hidung

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei didiagnosis kanser hidung peringkat awal.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei masih lagi menjalani rawatan dan difahamkan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar.

Menurutnya, BAM juga sedia menghulurkan apa jua bantuan dan sokongan kepada atlet berusia 35 tahun itu.

“Beliau sekarang masih berada di Taiwan dan sedang menjalani rawatan di sana, namun saya gembira untuk maklumkan bahawa beliau kini memberi respon yang baik terhadap rawatannya dan sedang berehat bersama keluarga.

“Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatannya.Saya percaya sokongan anda menjadi sumber kekuatan buat Chong Wei melawan penyakitnya.

“Kami memohon rakyat Malaysia untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Difahamkan, Chong Wei mengalami masalah pernafasan selepas pulang daripada Kejohanan Siri Jelajah Dunia Terbuka Indonesia yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan.

Doakan Yang Terbaik

Kami pihak admin SGO merupakan peminat setia sukan badminton negara malah menjadi peminat khas Datuk Lee Chong Wei yang pernah menjadi juara dunia ini. Kami mendoakan LCW diberikan kesembuhan dan semoga dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah.