Slogan “Saya yang Menurut Perintah” akan ditukar kepada “Saya yang Menjalankan Amanah” ini merupakan informasi terkini bersumberkan portal berita.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menukarkan slogan ‘Saya yang menurut perintah’ kepada ‘Saya yang menjalankan amanah’ dalam surat-surat rasmi kementerian dan jabatan kerajaan.
Persetujuan itu dibuat ketika Dr Mahathir menjawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam program Town Hall Perdana Menteri bersama PTD anjuran Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dengan kerjasama Institus Tadbiran Awam Negara (INTAN) di PICC hari ini.
Terdahulu seorang wakil PTD mengemukakan cadangan agar slogan rasmi itu ditukar kerana ianya disifatkan lebih sesuai dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan.

‘Ya kita boleh tukar,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Menjawab cadangan teraebut, Dr Mahathir berkata ucapan ‘saya yang menurut perintah’ seakan membawa maksud menurut perintah termasuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
Dalam pada itu sesi Town Hall dengan tema Way Forward: The Raise of Authentic Leadership’ dihadiri 3500 PTD dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara.
Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi perdana menteri dan memberi peluang kepada PTD bertukar pandangan dan pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.
Beberapa PTD tampil bertanyakan soalan dan cadangan secara bebas dihadapan perdana menteri dan menteri kabinet lain sebelum perdana menteri menjawab soalan itu secara terus.
Bagaimanapun banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara terus dan Dr Mahathir meminta persoalan itu dipanjangkan kepada pihaknya supaya dapat dibuat klarifikasi sewajarnya.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Slogan “Saya yang Menurut Perintah” akan ditukar kepada “Saya yang Menjalankan Amanah” memberikan informasi yang terkini kepada kita semua khususnya kepada semua penjawat awamcdan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
” SGO Web Pendidikan No. 1 Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa “