“Sayangi Malaysiaku” Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

 

“Sayangi Malaysiaku” Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) ini merupakan informasi terkini berkaitan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan setiap tahun pada tanggal 31 Ogos.

Tahun ini merupakan tahun penuh bersejarah kerana inilah pertama kali Malaysia menyambut Hari Kebangsaan di bawah pimpinan kerajaan baru Pakatan Harapan. Tema tahun ini dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir iaitu “Sayangi Malaysiaku.”

Sambutan akan dibuat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada malam 31 Ogos.

Tema Hari Kemerdekaan Ke-61 2018

Sayangi Malaysiaku

  • Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2018: Sayangi Malaysiaku
  • Logo Ciptaan: Nik Zulkifli Nik Hitam

Sehubungan dengan itu, Logo Sayangi Malaysiaku, sempena tema pada kali ini dipilih oleh Tun Mahathir pada 25 Julai lalu. Logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Manakala, bagi pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualkan tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu “Sayangi Malaysiaku” Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) memberikan manfaat kepada kita semua dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Selamat menyambut Bulan Kebangsaan! Sayangi Malaysiaku. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

“SGO Web Pendidikan No.1 Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa”