Pensyarah USIM Hasilkan Inovasi “Lab In A Box” Untuk Tarikh Minat Murid Belajar Sains

Pensyarah USIM Hasilkan Inovasi Lab In A Box Untuk Tarikh Minat Murid Belajar Sains

Subjek sains merupakan satu subjek yang sangat penting sekarang. Perkembangan teknologi di dunia menjadikan sains sebagai antara teras utama yang perlu dikuasi oleh setiap orang terutama murid-murid di sekolah bagi melahirkan generasi yang celik teknologi.

Bersamaan dengan perkembangan tahap pendidikan di negara kita ini yang turut mengangkat perkembangan subjek Sains sebagai teras utama pendidikan, usaha sekumpulan pensyarah dari USIM ini sangat patut dicontohi dan dipuji!

Bermotivasikan untuk menarik minat murid melakukan eksperiman dan eksplorasi sains menjadikan Lab In a Box ini satu benda yang dapat mendekatkan mereka kepada Sains. Ini satu perkembangan yang sangat positif!

Sebenarnya, perkara seperti inilah yang kita perlukan dari fakulti-fakulti di mana-mana universiti di negara kita. Perkongsian dan matlamat memartabatkan serta keinginan membantu menaikkan tahap pendidikan di negara kita ini perlu ditingkatkan lagi. Ianya bagi memastikan idea-idea baru dari para pensyarah yang bijak pantai dapat membantu usaha pihak kementerian untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian murid di sekolah.

Mari kita baca lebih lanjut mengenai Lab In A Box ini.

“Lab In A Box” Tarikh Minat Pelajar Belajar Sains

NILAI: Bagi menarik kembali minat golongan muda terhadap sains, sekumpulan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menghasilkan inovasi makmal mini ‘Lab In A Box’ untuk kegunaan pelajar.

Ketua kumpulan penyelidikan, Dr Muhammad Zamir Othman, berkata makmal mini itu menyediakan kit eksperimen yang mudah dibawa, difahami serta selamat bagi kegunaan murid seawal usia lapan tahun dengan pemantauan ibu bapa dan guru.

“Lab In A Box memberi peluang kepada murid dan pelajar melakukan eksperimen dan eksplorasi sains. Buat masa ini, ia mengandungi dua modul iaitu ‘Slime making kit’ dan ‘DIY Perfume’.

“Kedua-dua modul ini mengandungi bahan kimia dan alatan yang selamat digunakan untuk tujuan eksperimen,” katanya.

Beliau berkata, kit itu juga disertakan panduan dan penerangan lanjut mengenai bahan kimia yang digunakan dalam eksperimen sains.

Muhammad Zamir berkata, Lab In A Box yang pada awalnya dihasilkan untuk kegunaan murid juga menerima reaksi positif daripada guru sekolah menengah, melalui siri jelajah sains ke sekolah yang dianjurkan oleh FST.

“Melalui proses dan hasil akhir eksperimen sains menggunakan kit ini, ia merangsang sekurang-kurangnya tiga pancaindera murid iaitu penglihatan, bau dan rasa menerusi sentuhan.

“Modulnya turut terdapat dalam silibus pembelajaran di sekolah menengah. Sebagai contoh, Slime Making Kit mengambil kira tindak balas kimia yang dipelajari dalam topik Polimer Sintetik di peringkat menengah rendah, manakala DIY Perfume pula proses terakhir untuk membuat wangian.” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kit turut mendapat permintaan yang tinggi hasil kerjasama FTS bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia menerusi siri jelajah ke beberapa negeri sebagai inisiatif pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dalam kalangan murid.

Penghasilan inovasi itu juga mendapat pengiktirafan dalam pertandingan inovasi, apabila memperoleh Pingat Emas dan Anugerah Al-Khawarizmi di Ekspo Inovasi Islam (I-INOVA) Kelapan di USIM, baru-baru ini. Sumber Bharian

Wajarkah di Wujudkan 1 Kumpulan Research di Kalangan Guru di Setiap Sekolah

Admin ada memikirkan idea ini. Minta maaf jika ada yang tidak bersetuju tetapi apa kata baca dahulu idea ini. Admin berpendapat adalah mungkin ada baiknya jika setiap sekolah ada 1 kumpulan atau individu yang dilantik untuk menjalankan research atau kajian untuk meningkatkan tahap pencapaian murid, tahap kehadiran murid dan apa sahaja masalah yang di hadapi di sekolah.

Guru ini mungkin boleh dikecualikan dari jadual Pdpc yang padat dan difokuskan untuk mengkaji dan memikirkan penyelesaian yang tepat kepada masalah-masalah yang dihadapi di sekolah. Kenapa kita memerlukan kumpulan atau individu di kalangan guru untuk menyelesaikan masalah atau penambahbaikan di sekolah?

Hal ini kerana setiap sekolah pasti mempunyai masalah, halangan dan cabaran yang berbeza. Ini menjadikan setiapnya memerlukan cara penyelesaian yang spesifik dan memerlukan kajian yang tepat.

Kita mempunyai ramai guru yang memiliki Sarjana (Master) maka lantiklah mereka dan bantu mereka untuk menjalankan research mereka dan secara tidak langsung melahirkan lebih ramai guru yang memiliki PhD satu masa nanti. Mereka pastinya sangat mahir dalam melaksanakan ujian-ujian dan kajian menggunakan kaedah yang betul kerana mereka golongan terpelajar. Jadi hasil kajian mereka inilah secara tidak langsung akan menaikkan tahap pencapaian dan pendidikan di negara kita.

Jadi apa kata anda?