Penerangan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018)

 

Penerangan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) ini disediakan untuk pengetahuan dan perkongsian bersama berkaitan sambutan yang bakal diraikan pada tahun ini.

Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018)

Logo Hari Kebangsaan 2018 menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, logo itu membawa maksud warganegara yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara.

“Penggunaan warna-warna untuk logo Hari Kebangsaan yang dicipta Nik Zulkifli Nik Hitam adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri. Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’,

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebelum ini menerima 632 idea bagi logo ‘Sayangi Malaysiaku’ untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Antara yang menarik mengenai penyertaan logo itu adalah penglibatan seorang warga emas berusia 84 tahun manakala paling muda adalah pelajar sekolah berusia 15 tahun.

Turut diterima adalah penyertaan daripada lima orang kurang upaya (OKU), lapan warga emas dan 46 logo yang dicipta secara tulisan tangan.

Dalam pada itu Gobind memberitahu, pemilihan Putrajaya sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018 pada 31 Ogos ini adalah amat signifikan bagi meraikan pemerintahan kerajaan baharu di negara ini.

Jelasnya, pemilihan Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan juga dibuat atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Seperti semua sedia maklum, tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku. Tema ini dipilih bagi merai dan mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

“Oleh itu, semua warganegara harus membuktikan manifestasi kasih sayangnya kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga mulai sekarang,” katanya.

SUMBER: ASTRO AWANI

Dapatkan “Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘ZIP’

Download : LOGO MERDEKA 61, LOGO HARI KEBANGSAAN 2018 PNG , MERDEKA 18

 

Logo ‘Sayangi Malaysiaku’, ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

“Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih saying yang kukuh kepada negara Malaysia,” katanya.

Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Penerangan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) memberikan manfaat kepada kita semua dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Selamat menyambut Bulan Kebangsaan! Sayangi Malaysiaku. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.