“Kita Punya Malaysia” Lagu Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018)

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

“Kita Punya Malaysia” Lagu Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) ini bersumberkan daripada portal-portal berita yang dapat admin kongsikan untuk pengetahuan dan perkongsian kita bersama khususnya dalam meraikan antara hari yang gilang-gemilang yang bakal diraikan pada 31 Ogos setiap tahun.

‘Kita Punya Malaysia’ nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam dipilih menjadi lagu tema Hari Kebangsaan pada tahun ini.

KUMPULAN indie popular, Bunkface tampil dengan lagu terbaharu mereka, Kita Punya Malaysia, sebagai lagu tema untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 kali ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima untuk sambutan pada acara tersebut.

“Ia menjadi lagu rasmi kerajaan Pakatan Harapan untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dan ia akan disiarkan di media rasmi di seluruh negara,” katanya pada sidang media Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.

Menurutnya, lagu tersebut mempunyai elemen ‘most catchy’ dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga.

“Dalam tempoh masa 5 tahun banyak perkara perlu dilakukan dan lagu ini menjadi medium yang sesuai,” katanya.

Gobind turut menyatakan lagu patriotik terdahulu boleh terus dimainkan di stesen TV mahupun radio sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

Acara Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula 3 hingga 5 Ogos nanti.

Acara Kembara Merdeka Jalur Gemilang pula akan menjelajah ke seluruh negara, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos sehingga tamat pada 31 Ogos nanti, ketika acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya.

Dapatkan “Lagu Aku Punya Malaysia” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

  1. Lagu (MP3): (belum dikeluarkan secara rasmi bagi versi MP3)
  2. Muzik Video (MP4): KITA PUNYA MALAYSIA – BUNKFACE (Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61)
  3. Lirik (DOCX): Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018

Tonton muzik video lagu Aku Punya Malaysia
di bawah:

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018: Kita Punya Malaysia

31 Bulan 8,57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanya…

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu “Kita Punya Malaysia” Lagu Tema Hari Kebangsaan Kali ke-61 (Tahun 2018) memberikan manfaat kepada kita semua dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Selamat menyambut Bulan Kebangsaan! Sayangi Malaysiaku. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.