Ujian IQ untuk kanak-kanak dan orang dewasa sebenarnya benar-benar dapat membantu kita mengenal tahap kepintaran seseorang dengan lebih awal. Terdapat banyak ujian IQ secara online yang boleh dibuat dan ada banyak yang percuma.
Ujian IQ Khas Untuk Menilai Tahap Kepintaran Anda
IQ ataupun Intelligence Quotient adalah salah satu pengukur yang sering digunakan untuk menilai tahap kepintaran seseorang individu. Kita sudah pasti sering mendengar istilah ini. Walaupun penggunaan IQ sebagai pengukur kepintaran tidak diterima oleh semua saintis, tetapi kita boleh bersetuju bahawa seseorang yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi ialah individu yang istimewa.
Untuk menilai IQ seseorang, terdapat ujian-ujian khas yang boleh dilakukan. Ujian-ujian ini bukan sahaja mencabar, tetapi ia juga mampu digunakan sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menarik.
Di Internet terdapat banyak sumber berkaitan ujian IQ yang boleh kita gunakan sama ada hendak membuat ujian secara dalam talian, atau pun boleh disalin untuk tujuan P&P.
IQTEST.COM
Laman web ini menawarkan ujian IQ secara percuma untuk menilai kekuatan mental seseorang individu serta juga kelemahannya.
Ia juga menyediakan penjelasan yang agak terperinci tentang apa itu markah IQ, memahami tentang pengujian IQ, serta mentakrifkan kepintaran.
Ujian yang dijalankan melalui beberapa peringkat yang mana pada setiap tahap, sejumlah soalan yang telah dikumpulkan mengikut kategori tertentu perlu dijawab dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Hasil daripada ujian IQ itu, laman web ini akan menilai kekuatan dan kelemahan mental anda. Ia memberi peluang kepada kita untuk mengetahui diri kita sendiri dengan lebih dekat.
Ujian percuma yang disediakan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ujian lengkap yang boleh diambil (tetapi secara berbayar) untuk menguji kepintaran kita dalam 13 bidang yang berlainan.
Antaranya ialah kepintaran visual, aritmetik, ejaan, kosakata, logik, geometri, algebra, kelajuan pengiraan, ingatan jangka pendek dan pengetahuan am.
TestCafe
- http://www.testcafe.com
Laman ini adalah satu lagi laman yang menyediakan beberapa ujian berkaitan IQ secara dalam talian, antaranya ialah ujian IQ terperinci, Ujian IQ Emosi, dan Ujian Pekerjaan Ideal.
Untuk memastikan penilaian yang tepat dihasilkan, anda diminta untuk tidak menggunakan pensil atau kertas, tidak mendapatkan bantuan orang lain, serta buat sepantas yang boleh.
Puzz.com
Laman ini merupakan satu direktori ringkas tentang laman-laman web yang menyediakan kandungan berkaitan ujian IQ, kuiz, teka-teki dan pelbagai jenis permainan yang menguji minda.
Selain pautan kepada laman web lain, ia juga menyediakan bahan-bahannya sendiri, yang paling menarik ialah Puzz.com’s 1001 Best Puzzle di http://www.puzz.com/1001.
Terdapat 1021 teka-teki yang dibahagi kepada beberapa kategori untuk dicuba, termasuklah analogi, pemikiran logik/lateral, kriptogram, masalah matematik dan lain-lain.
TEST YOUR I.Q.
Ini adalah laman peribadi seorang peminat ujian IQ, anda boleh melihat 60 soalan IQ yang merangkumi kategori seperti perbandingan perkataan, perbandingan gambar rajah, urutan nombor, soalan logik, dan lain-lain. Utusan.
Kisah Kanak-kanak Perempuan 3 Tahun Punya IQ Lebih Tinggi dari Einstein
London: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai mempunyai otak paling bergeliga di Britain dengan tahap IQ lebih tinggi daripada saintis terkenal, Albert Einstein.
Seawal usia lapan bulan lagi, Ophelia Morgan-Dew yang berasal dari Ross-on-Wye, Herefordshire, mula menyebut perkataan pertamanya selain mampu mengenali semua angka, warna dan abjad.
Ibunya, Natalie menyedari anaknya itu memiliki kebijaksanaan luar biasa sebelum membawanya bertemu pakar untuk mengetahui tahap IQ.
Apa yang mengejutkan, anaknya itu mempunyai tahap IQ 171 iaitu lebih tinggi daripada Einstein yang dilaporkan memiliki IQ 160.
“Ophelia suka membaca buku dengan saya atau ayahnya selain menyukai angka, abjad serta komputer.
“Dia aktif dan sentiasa melakukan sesuatu serta bersemangat tinggi. Dia suka bermain dengan sepupunya dan pergi ke taman,” kata Natalie.
Ophelia mampu mengingati semua perkara yang berlaku ketika dia berusia setahun dan kebanyakan orang dewasa tidak mempunyai daya ingatan sebelum mereka berusia tiga tahun.
Kanak-kanak itu juga kini menjadi ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi, Mensa dan dikatakan memiliki kapasiti intelektual dua kali lebih tua daripada usianya. Hmetro
Soalan Uji IQ Bahasa Melayu Yang Menyeronokkan
Ok, kalau anda rasa anda mempunyai IQ yang tinggi, apa kata anda cuba ini.
Dapatkan Jawapan Ujian IQ disini
Disini admin nak kongsikan jawapan untuk soalan ujian IQ di atas.
Perenggan 5. 2@3 ayat
Subtopik 3
Sub-Sub Topik
Perenggan 6 2@3 ayat
Perenggan 7 2@3 ayat
Perenggan 8 2@3 ayat
Penutup
Ayat penutup. BOLDKan tajuk secara santai sekali lagi.