Dunia pendidikan di negara kita sangat pantas bergerak sehingga wujudnya Home Tuition yang mungkin tidak pernah kita terfikir satu masa dahulu. Kepantasan perkembangan sistem pendidikan kita ini diakui sendiri oleh ramai ibubapa.
Manakan tidak, pernah heboh di Facebook yang menyatakan keluhan ibubapa yang terkejut dengan sukatan pelajaran murid-murid di sekolah.
Siapa sangka murid sekolah rendah sudah belajar topik koordinat? Siapa sangka murid sekolah rendah sudah sekarang sudah belajar begitu banyak topik-topik yang pada zaman kita hanya dipelajari semasa kita sekolah menengah atau peringkat lebih tinggi?
Sibuk dengan sukatan pelajaran yang tinggi, jangan pula kita lupa dengan KBAT yang telah diperkenalkan tidak lama dahulu. Pengenalan KBAT ini didalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM telah menyebabkan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita juga.
Rungutan demi rungutan diterima oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana isu sukatan pelajaran yang terlalu tinggi. Apa yang lagi menyedihkan, ada ramai pihak yang menyatakan pandangan mereka yang turut tidak bersetuju dengan hal ini. Ya, tidak kira ibubapa, guru-guru mahupun masyarakat.
Kenapa kita merungut? Tahukah kita negara jiran kita iaitu Singapura mempunyai tahap sukatan pelajaran yang JAUH lagi mencabar? Tahukah kita bahawa tahap pendidikan kita sekarang masih jauh lagi untuk menyaingi negara yang kecil itu? Jika anak-anak mereka boleh, kenapa tidak anak-anak kita?
Jom ubah pandangan negatif kita! Sepatutnya kita lebih terbuka dan cari jalan bagaimana hendak membantu anak-anak kita untuk terus maju dan bersaing dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Ya, itu yang sepatutnya kita buat!
Namun begitu bukan semua ibubapa yang berfikiran negatif dan takut pada cabaran. Sebagai guru, saya kagum dengan segelintir ibubapa yang benar-benar membantu anak mereka belajar.
Ramai ibubapa cakna pada pendidikan anak-anak. Antaranya dengan sentiasa memeriksa buku latihan anak-anak, membantu mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru sekiranya mereka tidak faham, dan sebagainya. Sikap terpuji ini memang patut kita ketengahkan agar menjadi contoh kepada ibubapa lain.
Selain itu, apa yang lebih membanggakan apabila ada ibubapa yang sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk menghantar anak mereka pergi tuition di luar sepeti pusat-pusat tuition yang ada disekitar bandar. Malah ada yang membayar tutor khas datang kerumah untuk membantu anak-anak mereka belajar melalui home tuition. Ini memang satu perkembangan yang sangat positif.
Apa itu Home Tuition?
Home tuition sebenarnya berkongsepkan belajar dengan seorang guru (dipanggil tutor) di rumah anda sendiri atau tempat yang ditentukan oleh ibubapa. Biasanya, tutor atau private tutor ini akan memberikan tunjuk ajar mengenai subjek-subjek akademik yang dipilih oleh murid.
Home tuition ini sebenarnya sudah banyak di Malaysia namun tak ramai yang mengetahuinya. Ya, dan ramai yang berpendapat bahawa home tuition ini hanya wujud di bandar-bandar besar sahaja sedangkan sebenarnya dikawasan kampung juga turut ada tuition ini.
Kenapa home tuition ini lebih bagus dari belajar bersendirian atau mengambil kelas tambahan di pusat tuition? Mari kita lihat kelebihan yang ada padanya.
7 Kelebihan Mengambil Home Tuition dengan Tutor di Kawasan Berdekatan Anda
Ya, 7 kelebihan itu sebenarnya bukan semua lagi tetapi masih ada banyak kelebihannya. Tetapi kita akan bincangkan 7 kelebihan utama ini sahaja dahulu. Oh ya, saya nyatakan terus perkataan “tutor dikawasan berdekatan anda” pada tajuk diatas supaya anda jelas tutor ini ada 2 jenis.
- Home Tuition
- Online Tuition
Ramai berpendapat, home tuition lebih bagus berbanding online tuition jadi kita akan utamakan home tuition ini sahaja dalam perbincangan kita kali ini. Mari kita lihat apa 10 kelebihan tersebut.
#1 Keselamatan Anak-anak Terjamin
Keselamatan anak-anak lebih terjamin dan ini menjadi keutamaan setiap ibubapa. Sebab itu diletakkan pada kedudukan pertama sekali. Siapa tidak sayangkan anda? Dengan masalah sosial, keselamatan semasa di luar rumah dan banyak lagi kebimbangan ibubapa terhadap anak-anak dapat diatas dengan adanya tuition dirumah ini.
Menggunakan khidmat tutor, kita boleh meminta tutor ini datang ke rumah kita dan sediakan 1 tempat pembelajaran yang terbuka serta selesa. Anak-anak kita tidak perlu lagi perlu keluar ke bandar untuk pergi ke pusat-pusat tuition diluar sana. Ianya pasti satu kelegaan buat ibubapa. Betulkan?
#2 Proses Pengajaran & Pemudahcaraan Pdpc Secara Terus 1-1
Sepeti yang kita tahu, di dalam kelas mereka biasanya akan ada lebih kurang 25 hingga 40 orang murid. Cuba bayangkan tugas seorang guru untuk memastikan setiap 40 orang murid ini semuanya fokus kepada proses pembelajaran. Ianya satu tugas berat dan kita tidak boleh salahkan guru. Sebagai ibubapa yang waras dan berkemampuan, kita perlu mencari jalan penyelesaian terbaik.
Salah satu jalana penyelesaian yang terbaik ialah dengan mengambil tutor untuk memberikan home tuition kepada anak kita dirumah. Bersama dengan tutor di rumah, tutor sebagai guru akan fokus 1-1 kepada anak kita sahaja dan percayalah ianya sesuatu yang sangat hebat kesannya kepada tahap kefahaman pembelajaran anak kita itu.
Jadi anda masih ragu-ragu?
#3 Penglibatan Ibubapa
Home tuition ada 1 kelebihan yang tidak ada pada mana-mana sistem pembelajaran tambahan iaitu melalui tutor ibubapa juga turut dapat belajar bersama. Ya, dengan penglibatan bersama dari ibubapa maka kita turut dapat menimba ilmu yang baru terutama tentang perkara yang kita tidak pernah ketahui.
Cuba anda bayangkan, sebelum ini anda tidak mampu mengajar anak-anak anda kerana sukatan pelajaran mereka terlalu sukar untuk mereka dan anda jika tiada ilmu mengenainya. Dengan adanya home tuition, anda dapat belajar dan selepas itu anda turut dapat membantu anak anda belajar sekiranya masih ada yang mereka belum faham. Hebat bukan!
#4 Pilihan Tutor Terbaik untuk Anak-Anak
Selain bilangan murid di dalam kelas anak-anak kita di sekolah yang tidak mampu kita kawal, 1 lagi perkara ialah siapa cikgu yang mengajar anak kita. Tidak dinafikan setiap cikgu akan ada kelemahan dan kekuatannya. Jadi, sudah semestinya kita mahukan cikgu yang terbaik untuk anak kita, betul tak?
Menggunakan home tuition, anda sendiri dapat memilih siapakah tutor yang akan menjadi guru untuk anak anda dirumah. Tidak kira sama ada anda ingin carikan fresh graduate, tutor yang memiliki master, bahkan tutor yang memiliki PhD sekalipun semuanya ditangan anda.
Jadi, kenapa tidak? Pastikan yang terbaik untuk anak anda supaya hasilnya juga terbaik!
#5 Hubungan Rapat Antara Anak Dengan Tutor
Guru disekolah mungkin ada yang garang, ada yang terlepas pandang dan mungkin ada yang ditakuti sangat oleh anak-anak kita. Ini sangat memberikan kesan kepada pembelajaran mereka. Kenapa tidak, bagaimana mereka hendak belajar jika terlalu takut kepada guru tersebut?
Jadi, dengan adanya tutor peribadi di rumah anda maka akan sampai 1 masa bila hubungan mereka menjadi akrab. Hubungan rapat ini sebenarnya membantu secara emosi mereka untuk lebih cepat faham dan menerima segala apa yang diajar oleh tutor dengan mudah. Ini satu kelebihan untuk anak anda!
#6 Kurang Gangguan
Gangguan yang dimaksudkan ini ialah gangguan dari rakan sebaya dan diri sendiri. Kadang-kadang anak-anak kita di dalam kelas terleka dengan sesuatu perkara seperti mencoteng kertas, melukis, mewarna, bercakap dan sebagainya. Jika mereka fokus, terkadang ada pula rakan-rakan yang datang untuk bergurau.
Ini semuanya menjadi 1 gangguan untuk mereka fokus belajar. Home tuition menjadi penyelesaian yang hebat kerana sesi pembelajaran anak kita hanya melibatkan mereka 1-1 sahaja. Hasilnya, insyaAllah luar biasa!
#7 Persediaan Belajar Lebih Awal Tingkatkan Keyakinan Anak & Kefahaman
Seperti yang kita tahu, pembelajaran lebih awal menjadikan anak-anak lebih bersedia semasa proses PDPC sebenar di dalam kelas. Konsepnya mudah sahaja, apabila anak kita sudah belajar sendiri dirumah bersama tutor, maka dia akan rasa sangat bersedia untuk belajar di dalam kelas.
Oleh kerana dia sudah faham apa yang sedang diajar oleh guru di dalam kelas, dari sini mereka akan rasa sangat yakin untuk menonjolkan diri. Mereka yakin untuk angkat tangan dan berkongsi jawapan, yakin untuk bertanya dan sebagainya. Kelebihan ini lama kelamaan menyebabkan ada motivasi intrinsik didalam jiwa anak-anak kita sekaligus menjadikan mereka sangat suka untuk belajar. Memang hebat bukan!
Oh ya, sebagai penutup apa kata anda lihat video dibawah ini.
Senarai Khidmat Tutor Bagi Home Tuition
Area | Home Tuition | Contact |
Kuala Lumpur | Home Tuition Learning | 012-665 7926 |
Gradtutors Malaysia | 017-302 3288 | |
Home Tuition Express | 016-412 9626 | |
William Note Home Tuition | 03-6207 1622 | |
Home Tuition 99 | 012-305 5286 | |
Edu Care Home Tuition | 03-9074 5968 | |
HCube Home Tutor KL | 010-429 0499 | |
Home Tuition Private Tutors | 016-770 0521 | |
English Tutor Kuala Lumpur | 011-1282 8052 | |
Home Tuition Master | 03-7781 1650 | |
A1 Home Tuition | 012-348 2166 | |
First Class Home Tuition | 012-983 3088 | |
Setapak Tutor Home | 018-909 2030 | |
Student Home Tuition | 018-909 2030 | |
Home Tuition DataBase | 012-215 8384 | |
Putrajaya | JADDA WAJADA | 013-946 7347 |
Excel Lens Home Tuition | 012-260 8684 | |
Silaturahim Home Quran | 018-400 0455 | |
John Lian Home Tuition | 012-326 0132 | |
Maths Pro Presint 15 | 016-213 6287 | |
Melaka | Home Tuition Best | 016-649 9393 |
Tuition Centre | 06-335 4411 | |
Selangor | Siffra Home Tuition | 017 573 6973 |
A+ Home Tuition | 017-717 7838 | |
Home Tuition Petaling Jaya | 03-7875 7355 | |
Home Tuition Express | 012-289 3661 | |
Home Tuition King | 012-422 2670 | |
Home Tuition Malaysia | 016-619 3457 | |
Home Tuition Care | 03-7729 2298 | |
Kohilan Home Tuition | 03-6187 3212 | |
Score A Home Tuition | 017-255 3411 |
Siffra Home Tuition
Sekiranya anda sebagai ibubapa benar-benar mementingkan pencapaian anak-anak dan ingin menjadi ibubapa yang cakna pendidikan, maka lakukan sesuatu. Cuba tanya kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru di sekolah kepada anak-anak anda selepas mereka balik ke rumah dan berehat.
Kalau mampu untuk anda ajar dan temankan mereka maka lakukanlah. Jika tidak, cuba dapatkan tutor terbaik untuk mereka.
Antara jalannya anda boleh hubungi Siffra Home Tuition untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai ini. Setakat ini, statistik yang diberikan oleh pihak Siffra sangat memberangsangkan dimana 70% murid yang mengambil tutor peribadi bersama mereka mencapai keputusan A dalam peperiksaan. Ya, 70% itu satu statistik yang memuaskan.
Jadi apa tunggu lagi?

Contest SIFFRA SEO HOME TUITION ini di sponsor oleh SIFFRA HOME TUITUION