Ketar tangan bila mahu menulis isu ini kali ini. Public Humiliation! Itulah yang dikatakan oleh netizen kepada Cikgu Kush yang telah menyebarkan gambar 2 orang murid yang dikatakan saling mengejek dengan gelaran “Burger” dan “Burger Hangus”.

Bagi admin isu ini sangat sensetif. Ya, sensetif sebab ianya memalukan murid, boleh memberikan tekanan emosi kepada murid dan keluarga juga menanggung malu. Apa motif sebenar Cikgu Kush ini sebenarnya?
Lapar LIKE! Itulah yang dilabelkan oleh netizen kepada Cikgu Kush ini sekaligus bukan sahaja memburukkan persepsi masyarakat kepada beliau malah kepada seluruh guru di Malaysia. Admin sangat terpanggil untuk menyiasat sendiri isu ini dan apabila pergi sendiri ke wall facebook Cikgu Kush admin rasa terkilan kerana nampaknya mungkin Cikgu Kush ini tidak faham kenapa masyarakat marah kepadanya, sebaliknya hashtag #bestmoment yang diletakkan sangat menjadikan admin rasa sedih, terkilan dan keliru.

Cikgu Kush, kenapa perlu anda paparkan muka murid terbabit? Kalau bagi anda lawak sangat dialog murid anda itu dan ingin kongsikan kepada media sosial maka tulislah sahaja nukilan itu tanpa perlu ada gambar mereka berdua dan tanpa perlu tuliskan nama sebenar.
Murid-murid ada maruah, tahu perasaan malu dan masyarakat kita sendiri sangat sensetif dengan perkara seperti ini. Jadi anda perlu sedar kenapa masyarakat marah kepada anda. Andap perlu tahu kenapa anda telah memalukan profesion perguruan. Lihat perkongsian seorang guru ini megenai apa yang telah Cikgu Kush buat.

Kalau itu status dari guru lain, mari kita baca dari perspektif keluarga murid pula.
Ok nampak tak? Bertapa “public humiliation” ini bukan satu benda yang boleh dianggap perkara remeh. Tidak kira perkara itu mencuit hati anda, ingat ianya mungkin boleh mengubah hidup orang lain.
Jernihkan Kembali Keadaan
Sebagai seorang guru yang beretika dan waras diharap Cikgu Kush jernihkan kembali keadaan. Mohon maaf secara personal kepada murid, ibubapa, pentadbir, guru-guru di selurluh Malaysia dan juga para netizen.
Pergilah ke rumah murid terbabit dan nyatakan kekhilafan. Cukuplah menegakkan benang yang basah. Perbuatan memaparkan muka anak murid dengan jalan cerita demikian adalah satu perkara yang tidak lawak.
Selain itu, kepada semua guru di Malaysia diharap jadikan kisah Cikgu Kush ini sebagai sempadan. Ketahui batas-batas yang perlu kita letakkan dalam hidup sebagai seorang guru. Tidak semua perkara kita boleh kongsikan di media sosial.
Apa kata anda?