BTN dan PLKN di Mansuhkan Serta Merta

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

BTN dan PLKN di mansuhkan serta merta

Ura-ura mengenai program BTN dan PLKN yang mungkin digantikan dengan program lain atau distrukturkan kembali dari dasarnya nampaknya telah berakhir. Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah mengesahkan bahawa PLKN dan BTN dimansuhkan berkuatkuasa serta merta.

Seperti yang kita tahu, antara penyebab paling kuat BTN dan PLKN dimansuhkan ialah kerana wujudnya sentimen tertentu yang ditanam semasa program tersebut. Rasanya siapa yang pernah pergi ke kem ini pasti tahu apa yang admin cuba sampaikan.

BTN, PLKN dimansuhkan serta-merta

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Keputusan Kabinet pada minggu lalu itu turut menetapkan supaya satu modul dirangka bagi menggantikan kedua program itu.

Jelasnya, perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Khazanah Nasional Berhad akan diadakan dalam masa terdekat dalam usaha merangka modul tersebut.

“Memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Perbincangan turut melibatkan persatuan belia untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan agak program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menetapkan sebarang tempoh bila modul baharu tersebut akan dimuktamadkan.

Kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Mengulas berkenaan nasib kakitangan bagi kedua-dua program itu, Syed Saddiq berkata kakitangan tetap dan kontrak akan diserap ke dalam kementeriannya.

Namun, katanya angka spesifik berkenaan jumlah kakitangan yang akan diserap akan diumumkan kemudian. astro awani

Jadi Adakah Anda Setuju BTN dan PLKN di Mansuhkan?

Saya perlu kerja sama anda semua untuk mengundi disini. Mari kita lihat adakah ramai rakyat Malaysia yang setuju dengan keputusan ini.