Bahaya Pakai Kasut Berlampu LED Sebabkan Kaki Kanak-kanak Ini Terkena Lecur Kimia Tahap 2

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Bahaya Pakai Kasut Berlampu LED Sebabkan Kaki Kanak-kanak Ini Terkena Lecur Kimia Tahap 2

Bahaya Pakai Kasut Berlampu LED telah menyebabkan Kaki Kanak-kanak Ini Terkena Lecur Kimia Tahap 2. Bunyi nampak pelik tetapi percayalah bahawa kasut berlampu yang menjadi trend pemakaian kanak-kanak di beberapa buah tempat di seluruh dunia ini merupakan satu perkara yang membimbangkan.

Kasut yang kelihatan begitu “fancy” ini begitu menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya. Bagi mereka ianya nampak cantik dan memakainya menjadikan anda kelihatan hebat.

Kali ini admin nak kongsikan 1 cerita yang dikongsikan di theAsianparentThe Sun. Ianya kisah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki dari New York bernama Peyton. Jangan fikir kakinya melecet, tetapi sebenarnya kaki Peyton ini melecur teruk! Mari kita ikuti kisah Peyton dan kasut berlampu LED ini.

Kisah Peyton Foster Kaki Melecur Kerana Memakai Kasut LED

Bahaya Pakai Kasut Berlampu LED Sebabkan Kaki Kanak-kanak Ini Terkena Lecur Kimia Tahap 2

Peyton Foster, 9, telah memakai kasut sneakers S-Light jenama Skechers ketika dia menghadiri acara Water Day di sekolahnya.

Dah nama pun Water Day, mestilah acara itu melibatkan aktiviti berair, jadi mestilah kasutnya basah.

Dia telah memakai stoking pada waktu itu, tapi malam hari yang sama, Peyton mula merasa tak selesa.

Ibunya Sherry telah periksa dan mendapati kaki Peyton kemerah-merahan. Dia menganggap yang Peyton mungkin kesejukan setelah bermain air di sekolah tadi.

Esoknya pula, Peyton mengadu yang kakinya sakit setelah pulang dari sekolah, seperti kakinya terbakar. Sherry periksa lagi dan mendapati yang kakinya bukan saja dua kali ganda lebih merah tapi ia juga nampak melecur!

Mereka telah merujuk kepada pakar kaki yang bertanyakan apa yang telah berlaku. Ketika itulah Sherry menyedari yang lampu LED daripada kasut Peyton sudah tak menyala.

Bahaya Pakai Kasut Berlampu LED Sebabkan Kaki Kanak-kanak Ini Terkena Lecur Kimia Tahap 2

“Ia memberi petunjuk kepada kami yang kasut berlampu inilah yang telah membawa masalah,” katanya.

Rupa-rupanya, apabila kasut berlampu itu basah, baterinya mula mengeluarkan bahan kimia yang membakar kaki Peyton ketika dia berjalan.

Oleh kerana itu, Peyton didiagnosis mengalami luka melecur kimia tahap 2 dan 3 di sepanjang tapak dan jari kakinya.

“Peyton tak boleh berjalan, berlari, pergi berenang atau apa saja yang boleh menyakitkan lagi kakinya. Kami terpaksa mengangkatnya ke mana-mana. Saya rasa teruk sekali.”

“Saya tak sangka langsung perkara ini boleh berlaku kerana bukankah kasut ini dibuat untuk kanak-kanak? Sepatutnya ia selamat dipakai,” kata Sherry.

Dia berkata lagi yang Peyton adalah seorang yang aktif tapi kejadian ini berlaku pada hari pertama dalam musim cuti sekolah.

Mereka telah merujuk kepada pakar kaki yang bertanyakan apa yang telah berlaku. Ketika itulah Sherry menyedari yang lampu LED daripada kasut Peyton sudah tak menyala. “Ia memberi petunjuk kepada kami yang kasut berlampu inilah yang telah membawa masalah,” katanya. Rupa-rupanya, apabila kasut berlampu itu basah, baterinya mula mengeluarkan bahan kimia yang membakar kaki Peyton ketika dia berjalan. Oleh kerana itu, Peyton didiagnosis mengalami luka melecur kimia tahap 2 dan 3 di sepanjang tapak dan jari kakinya. “Peyton tak boleh berjalan, berlari, pergi berenang atau apa saja yang boleh menyakitkan lagi kakinya. Kami terpaksa mengangkatnya ke mana-mana. Saya rasa teruk sekali.” “Saya tak sangka langsung perkara ini boleh berlaku kerana bukankah kasut ini dibuat untuk kanak-kanak? Sepatutnya ia selamat dipakai,” kata Sherry. Dia berkata lagi yang Peyton adalah seorang yang aktif tapi kejadian ini berlaku pada hari pertama dalam musim cuti sekolah. Jadi Peyton tak berupaya untuk keluar bermain dengan rakan-rakannya kerana kakinya berbalut. Dia terpaksa memakai krim khas untuk menyembuhkan kesan lecur tersebut selama 3 minggu.

Jadi Peyton tak berupaya untuk keluar bermain dengan rakan-rakannya kerana kakinya berbalut. Dia terpaksa memakai krim khas untuk menyembuhkan kesan lecur tersebut selama 3 minggu.

Peringatan Kepada Ibubapa Untuk Berwaspada

Sebagai ibubapa pastinya kita mahukan yang terbaik kepada anak-anak kita. Dan pastinya sukar untuk kita menolak kehendak anak-anak terutama jika mereka mahukan kasut berlampu ini dan kita sebagai ibubapa sudah tahu risiko yang mungkin akan berlaku. Walaupun kita cuba untuk memahamkan anak-anak kita tetapi pasti tahap kefahaman mereka tidak akan mampu lagi untuk memahaminya.

Pesanan admin, biarkan mereka menangis kerana tidak mendapat kehendak mereka daripada kita menangis melihat mereka menanggung kesakitan.

Ingatlah malang memang tidak berbau dan perkara ini mungkin tidak berlaku kepada semua orang tetapi ianya mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja.

Sebagai ibubapa, jika anda masih belum membeli kasut berlampu ini, maka cubalah elakkannya. Tetapi jika sudah dibeli dan sayang untuk dibuang maka cubalah ikut beberapa langkah ringkas ini.

1. Jangan biarkan kasut ini basah. Pada waktu hujan, jangan biarkannya pakai. Walaupun ia takkan rosakkan kasut tersebut, baterinya boleh rosak dan keluarkan bahan kimia yang membahayakan.

2. Jangan tinggalkan kasut ini dalam kereta yang berada di bawah panas matahari. Suhu tinggi boleh membuatkan bateri kasut tersebut meletup. Jadi simpankannya di tempat yang tak terkena cahaya matahari langsung.

3. Jangan cuci kasut dalam mesin basuh. Sebaliknya, untuk cuci, gunakan kain dan air suam yang bercampur dengan sabun lembut.