25 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM

 

25 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM ini adalah berdasarkan kemas kini terkini daripada Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 21 Ogos 2018.

Berikut merupakan 25 perkara tersebut:

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?
  • Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang moe.gov.my.
  1. Siapakah yang boleh memohon?
  • Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
  • Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  1. Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon
  • SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
  1. Bilakah permohonan mula dibuka?
Permohonan ke Tingkatan 1 SBP

 

27 Ogos 2018 hingga

30 September 2018

Permohonan ke Tingkatan 4 SBP

 

01 November 2018 hingga

16 Disember 2018

 

  1. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?
  • Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan.
  1. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?
  • Pemohon hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.
  1. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?
  • Pemohon perlu merujuk pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.
  1. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?
  • Pemilihan Murid Tingkatan 1:
    • Murid mestilah warganegara Malaysia.
    • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
    • Murid cemerlang akademik
    • Murid aktif dalam kokurikulum
  • Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4:
    • Murid mestilah warganegara Malaysia.
    • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
    • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
    • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
    • Murid aktif dalam kokurikulum.
  1. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab):-
  1. a) Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
  1. b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
  1. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?
  • Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan akan dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.
  1. Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
  • Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  1. Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP):-
  2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?
  • UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.
  1. b) Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?
  • Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
  1. c) Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?
  • Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu
  1. d) Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?
  • Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 05 Oktober 2018
  1. e) Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?
  • UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 15 hingga 18 Oktober 2018.
  1. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2018.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 25 Januari 2018.
  1. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
  • Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan
  1. Bilakah e-Rayuan dibuka
  • e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama
  1. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan
  • Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:
    • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my  Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
    • Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
    • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
    • Klik pada e-rayuan.
  1. Bolehkah pemohon yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?
  • Walau bagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.
  1. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?
  • Semakan boleh dibuat melalui:
    • Laman sesawang KPM: wmoe.gov.my
    • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan

Sekolah Kecemerlangan, KPM

  • Talian hotline BPSBPSK: 03-8321 7400
  1. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?
  • Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
  1. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
  • Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon.
  1. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?
  • Tawaran ini adalah Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
  1. Bolehkah murid menukar aliran?
  • Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.
  1. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?
  • Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
  1. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau MRSM?
  • Setiap calon boleh menerima tawaran kemasukan sama ada dari KPM atau MARA. Sekiranya pemohon mendapat dua tawaran dan mendaftar di MARA, maka tawaran ke SBP adalah terbatal.
  1. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP?
  2. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP adalah seperti berikut:

 

SAINS

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

•      Matematik

•      Sains

•      Geografi

•      Asas Sains Komputer/

Rekabentuk

Teknologi

•      Bahasa Antarabangsa:

(*Pilihan: Bahasa

Arab Komunikasi / Bahasa Jepun /

Bahasa Perancis /

Bahasa Jerman /

Bahasa Cina Komunikasi /

Bahasa Korea)

AGAMA

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Bahasa Arab

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam

•      Matematik

•      Sains

•      Geografi

•      Asas Sains Komputer/

Rekabentuk

Teknologi

•      Bahasa Antarabangsa:

(*Pilihan: Bahasa

Jepun / Bahasa

Perancis / Bahasa

Jerman / Bahasa

Cina Komunikasi /

Bahasa Korea)

KBT (TMUA)

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Bahasa Arab

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam

•      Matematik

•      Sains

•      Geografi

•      Asas Sains Komputer/

Rekabentuk

Teknologi

•      Hifz Al-Quran

•      Maharat Al-Quran

•      Bahasa Antarabangsa:

(*Pilihan: Bahasa

Jepun / Bahasa

Perancis / Bahasa

Jerman / Bahasa

Cina Komunikasi/

Bahasa Korea)

 

  1. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut:

 

 

SAINS TULEN

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

•      Matematik

•      Matematik Tambahan

•      Fizik

•      Kimia

 

SAINS TULEN

AGAMA

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Matematik

•      Bahasa Arab

•      Matematik Tambahan

•      Fizik

•      Kimia

•      Biologi

•      Pendidikan AlQuran dan Al-

Sunnah

•      Pendidikan Syariah Islamiah

SAINS TEKNIKAL

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

•      Matematik

•      Grafik Komunikasi Teknikal

•      Asas Kelestarian

•      Matematik Tambahan

•      Fizik

•      Kimia

                                           

 

AGAMA IKHTISAS

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Matematik

•      Sains

•      Bahasa Arab

•      Matematik Tambahan

•      Prinsip Perakaunan

•      Ekonomi Asas

•      Pendidikan AlQuran dan Al-

Sunnah

•      Pendidikan Syariah Islamiah

 

SAINS SOSIAL  Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam

•      Matematik  Sains

•      Matematik Tambahan

•      Prinsip Perakaunan

•      Ekonomi Asas

TAHFIZ SAINS

(TMUA)

•      Bahasa Melayu

•      Bahasa Inggeris

•      Sejarah

•      Pendidikan Islam

•      Bahasa Arab

•      Matematik

•      Matematik Tambahan

•      Fizik

•      Kimia

•      Biologi

•      Hifz Al-Quran

•      Maharat Al-Quran

 

Sumber:
Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia  

Penutup

Sekian, semoga informasi ini iaitu 25 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM memberikan informasi yang terkini dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

” SGO Web Pendidikan No. 1 Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa “