YB Dr. Maszlee Malik Nafi Keluarkan Arahan kepada Sekolah Beri Sumbangan Tabung Harapan

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

YB Dr. Maszlee Malik Nafi Keluarkan Arahan kepada Sekolah Beri Sumbangan Tabung Harapan ini adalah terkini berdasarkan kenyataan media beliau melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut merupakan pernyataan beliau dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah-sekolah khususnya di Negeri Kelantan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Harapan sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.

Hasil siasatan yang dijalankan, ia adalah inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
yang melaksanakan kempen kutipan Tabung Harapan di sekolah-sekolah seluruh
jajahan Negeri Kelantan. Waiau bagaimanapun pelancaran kutipan tabung berkenaan telah dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Untuk rekod Tabung Harapan Malaysia telah dilancarkan pada awal Jun yang lalu dan jumlah terkini kutipan sehingga 5 Julai 2018 adalah berjumlah RM 140,430,050.76.

Sekian, terima kasih
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 JULAI 2018

 

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu YB Dr. Maszlee Malik Nafi Keluarkan Arahan kepada Sekolah Beri Sumbangan Tabung Harapan memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.