Troli dan Kenderaan Mainan di Pasar Raya Tempat Wabak HFMD dijumpai

penyakit-HFMD

Virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kian menular ketika ini dan dilaporkan jumlah kes HFMD didapati meningkat secara mendadak di Pulau Pinang. Siasatan yang dijalankan oleh pegawai kesiahtan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan virus HFMD dikesan pada pemegang troli dan kenderaan mainan kanak-kanak yang disediakan di pasar raya, lapor The Star.

Minggu lalu, JKN telah mengarahkan pihak pasar raya di negeri itu membersihkan troli telah meminta pasar raya di Pulau Pinang supaya membersihkan troli, kenderaan mainan dan tempat duduk yang disediakan di premis mereka.

“Hasil siasatan pihak kami, didapati salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasar raya.

“Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak tuan supaya dapat menjalankan kerja-kerja disinfeksi (sucihama) terhadap troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di premis dengan menggunakan larutan klorox pada nisbah 1:10,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan negeri itu kepada pihak Queensbay Mall pada 13 Julai lalu.

Penyakit HFMD boleh tersebar melalui hingus, air liur, najis dan cecair dari orang yang dijangkiti. Antara simptom-simptom yang dihidapi oleh pesakit HFMD adalah seperti demam, sakit tekak, ulser mulut, ruam dan kelesuan. Penyakit ini sangat cepat menular dalam kalangan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, kes yang dilaporkan pada Rabu lalu telah menurun. Dr Afif Baharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri berkata bilangan kes telah menurun dalam jangka masa tiga hari berturut-turut.

“Kami mencatatkan 78 kes pada hari Rabu, kemudian 52 dan 51 kes pada hari Khamis dan Jumaat. Walaubagaimanapun bilangan kumulatif kes ini masih lagi tinggi dengan 2,341 kes untuk tahun ini jika dibandingkan dengan 1,099 kes pada tahun 2017 di dalam tempoh yang sama.”

Dr Afif juga berkata 30 premis kini masih ditutup semenjak penularan wabak pada awal bulan ini termasuk 10 tadika, 7 nurseri, 6 sekolah rendah,6 pra sekolah dan sebuah pusat jagaan.

Antara sekolah yang masih ditutup ialah SK Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1, SK Saujana Indah, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik and SJKC Kwang Hwa.

Sehingga kini, 9 orang mangsa dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital. Beliau juga mengulas tentang dakwaan dalam media sosial yang kononnya ada mangsa meninggal dunia disebabkan HFMD. Dr Afif berkata tiada sebarang pengesahan mengenai isu itu dan sekarang beliau masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kesihatan.

Justeru itu, kita sebagai ibu bapa harus mengambil langkah pencegahan agar penyakit ini dapat dicegah dengan sebaik mungkin.

Kes HFMD, Ada Sekolah Di Arahkan Tutup Seketika

JERANTUT 23 JULAI 2018. Pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Damak menutup pintu pagar sekolah selepas Jabatan Kesihatan Daerah menampal notis penutupan sekolah bermula 23 hingga 27 Julai, berikutan seramai 53 murid dijangkiti wabak Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sejak minggu lalu. STR/NAZIRUL ROSELAN

JERANTUT: Sekolah Kebangsaan (SK) Damak dekat sini mula ditutup mulai hari ini sehingga Jumaat ini berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di sekolah berkenaan.

Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Ali Affandi Abdul Majid,berkata langkah itu diambilbagi memastikanpenyakit itu tidak terus merebak kepada pelajar lain.

“Ketika ini seramai 53 murid pra sekolah, dan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah berkenaan dikesan dijangkiti penyakit berkenaan,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.

Katanya, pada masa ini keadaan masih terkawal dan langkah itu diambil bagi memastikan ia dapat dielakkan daripada terus merebak kepada 368 murid lain sekolah itu.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri juga mengarahkan sekolah itu ditutup seminggu dan pihak pengurusan sekolah sudah memberikan notis pemberitahuan kepada ibu bapa murid Jumaat lalu.

Katanya, penutupan sekolah itu adalah nasihat Jabatan Kesihatan negeri untuk mengelakkan penularan jangkitan kepada murid lain.

“Pada masa ini Jabatan Kesihatan Daerah ini akan menjalankan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di sekolah terbabit,” katanya

Beliau juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan segera jika mendapati ada anak-anak mereka mengalami simptompenyakit berkaitan. Bharian

HFMD – SATU KES DI SEKOLAH RENDAH TAMAN TUN DIARAH TUTUP [26 JULAI 2018]

Satu kelas di Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail 2, di arah tutup dan kesemua 36 pelajarnya di beri cuti selama 10 hari.