Tarikh Semakan Panggilan Temu duga Jawatan Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Pegawai Pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB) 2018

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline

Tarikh Semakan Panggilan Temu duga Jawatan Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Pegawai Pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB) 2018 ini adalah berdasarkan pemberitahuan daripada Sistem Permohonan Pensyarah Baharu IAB melalui laman portal rasminya.

Sukacita dimaklumkan bahawa pemohon yang telah memohon jawatan bagi jawatan Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Pegawai Pembangunan di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilakukan sebelum 09 Mei 2018 yang lalu boleh melakukan semakan panggilan temu duga mulai 3 Julai 2018 jam 5.00 petang.‚Äč Sila layari Sistem Permohonan Pensyarah Baharu di SINI.

Pengenalan

Institut Aminudin Baki (IAB) ialah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM yang menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.

Butiran Jawatan

Syarat-syarat Kelayakan

Pensyarah Kanan Gred DG48

a) Sekurang-kurangnya memiliki Sarjana dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan;
b) Telah disahkan kenaikan pangkat atas gred hakiki;
c) Purata markah LNPT untuk 3 tahun terakhir adalah 85% ke atas;
d) Bebas dari tindakan tatatertib;
e) Telah mengisytiharkan harta; dan
f) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun pada tarikh iklan ditutup.

Pensyarah Gred DG44

Pegawai Pembangunan Gred DG44

a) Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan dan Kepimpinan;
b) Telah disahkan kenaikan pangkat atas gred hakiki;
c) Purata markah LNPT untuk 3 tahun terakhir adalah 85% ke atas;
d) Bebas dari tindakan tatatertib;
e) Telah mengisytiharkan harta; dan
f) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 (lima) tahun pada tarikh iklan ditutup.
g) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah/ Diploma Kejuruteraan

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Tarikh Semakan Panggilan Temu duga Jawatan Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Pegawai Pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB) 2018 memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua. Semoga berjaya daripada kami dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

telegram sistemguruonline