Mahu Anak Cepat Boleh Menulis dan Membaca merupakan impian ramai ibubapa kerana ianya dianggap seperti satu pemikiran mainstream iaitu “anak umur 3, 4 tahun sudah pandai menulis dan membaca”. Ianya tidaklah salah tetapi kadang-kadang bila difikir balik kerana terlalu obses dengan pemikiran mainstream ini menjadikan ada ibubapa yang merampas kebahagiaan anak-anak kecil yang masih ingin bermain dengan memaksa mereka belajar dengan tekun sejak dari kecil. Sangat kesian!
Bagi admin, apa yang penting ialah pembesaran anak-anak yang normal, sihat dan perkembangan peribadi yang baik menjadi keutamaan. Kita mahu melihat anak yang pandai bergaul dengan baik, berbudi bahasa, taat pada orang tua dan mempunyai sahsiah yang baik. Itu lebih diutamakan dan bukannya kebolehan membaca dan menulis semata-mata. Namun, jika pada masa yang sama mereka dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis, maka iainya satu kelebihan.
Aktiviti Yang Membantu Anak Menulis
Menurut vanillakismis.my, ada beberapa aktiviti yang dapat membantu anak-anak menulis dan apa yang penting ialah ianya bukan dengan memberikan sebatang pensel dan sebuah buku tetapi ianya lebih kepada latihan menguatkan otot. Ya, pernah terfikir tak yang latihan menguatkan otot merupakan satu keperluan untuk memastikan anak-anak kecil dapat memegang pensel dengan lama dan mampu menulis?
Ok baiklah mari kita lihat apa sebenarnya aktiviti-aktiviti yang mampu menguatkan otot tangan anak-anak yang mungkin kita terlepas pandang.
Antara yang dinyatakan aktiviti seperti didalam gambar diatas ialah :
- Menggumpalkan kertas.
- Menekan puncher.
- Menggunting kertas.
- Mengecap kertas.
- Mengoyakkan kertas.
- Mengupas.
- Bermain bongkah dan tali.
- Bermain permainan manipulatif.
- Bermain lego.
Menarik bukan! Jadi ini bukan sahaja dapat menjauhkan diri anak-anak kita daripada gadjet mereka yang membahayakan mata dan minda mereka malah ianya dapat membantu menguatkan otot tangan mereka selain daripada ianya satu aktiviti yang menyeronokkkan. Ya, memang seronok percayalah. Apa yang penting jangan menjerit memarahi mereka jika mereka membuat sepah sebaliknya ajarlah mereka mengemaskan kembali apa yang telah mereka sepahkan, itu lebih baik.
Aktiviti Lain Menguatkan Otot Tangan dan Latihan Menulis
Sebenarnya tanpa kita sedar, merangkak merupakan 1 kemahiran yang sangat membantu menguatkan tangan anak-anak. Oleh sebab itu ada yang menyatakan tidak bagus jika anak yang baru boleh duduk, kemudian terus berjalan tanpa melalui fasa merangkak kerana dia telah hilang 1 peluang untuk menguatkan otot tangan.
Namun begitu anda jangan risau jika anak anda merupakan antara yang tidak melalui fasa merangkak kerana masih banyak aktiviti dan perkara yang boleh dilakukan untuk mereka menguatkan otot tangan. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti aktiviti yang disenaraikan diatas dan juga melukis menggunakan jari.
Penutup
Sebenarnya senang sahaja cara untuk membantu anak-anak kecil menulis dan membaca. Apa yang penting jangan jadikan kemahiran menulis dan membaca itu satu kewajipan untuk mereka sehingga mendera emosi anak-anak. Ibubapa perlulah lebih kreatif dan pastikan perkembangan kognitif dan jasmani anak berkembang dengan baik tanpa paksaan yang boleh menekan jiwa mereka.
Disini, admin kongsikan juga 1 video ringkas cara untuk melukis rumah dan orang. Ianya merupakan 1 lukisan mudah yang menjadi mainstream untuk anak-anak di usia muda mereka. Bantu mereka memegang pensel dengan betul dan ajarkan mereka melukis dengan harapan mereka akan seronok dan disebaliknya mereka telah membuat aktiviti yang bagus untuk menguatkan otot tangan mereka.