Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Dibuka Mulai 16 Julai 2018 ini merupakan bantuan baharu yang diberikan kepada anak jati Selangor yang ingin menyambung pengajian dalam negara.
Pengenalan
 Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) ini merupakan inisiatif terbaru Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringankan beban kos pengajian pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara.
Sumbangan seperti ini pernah dibuka dengan nama Bantuan Umum Pelajaran (BUP) yang telah diwujudkan sejak tahun 1994 lagi. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dan mendapat kelulusan oleh Pengurusan Tertinggi bagi perlaksanaan SPZAS ini.
Keutamaan sumbangan ini adalah kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang lebih adil dan menyeluruh.
Objektif SPZAS
Membantu golongan pendapatan pertengahan dibidang pendidikan dimana golongan ini merupakan golongan yang mudah terkesan dengan ekonomi serta hampir kepada jurang kemiskinan.
Memberikan sumbangan kepada pelajar Negeri Selangor yang memenuhi syarat kelayakan bagi meringankan kos pendidikan pengajian tinggi mereka.
Sebagai galakan kepada golongan pendapatan pertengahan untuk mengeluarkan zakat mereka selaras dengan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka melalui sumbangan ini.
Syarat-syarat Permohonan
- Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my/spzas dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.
- Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Sijil
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
- Diploma/Diploma Lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
- Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
- Asnaf Fakir, Miskin, Muallaf Fisabilillah yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.
Tempoh Permohonan
Sumbangan akan di buka pada 16/07/2018 (Isnin) bermula jam 12.01am dan akan tamat pada 31/08/2018 (Jumaat). Bagaimanapun, permohonan akan di tutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan.
Muat Turun Borang Sokongan di SINI
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang Pengesahan Belajar | https://drive.google.com/open?id=1ripnVvPuF8QHYG_YDC8-yy8qLJQcB19P |
 2 | Borang Pengesahan Pemastautin | https://drive.google.com/open?id=1SgZ0q0Z6oAhhzEJbaesr5PAL5745I-kA |
 3 | Borang Pengesahan Pendapatan | https://drive.google.com/file/d/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/ |
Soalan Lazim Berkaitan SPZAS
- 1. Apakah yang dimaksudkan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?
SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
- 2. Bagaimanakah cara hendak memohon SPZAS ini?
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my/spzas dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
- 3. Berapa lamakah tempoh permohonan SPZAS dibuka?
Sumbangan ini akan diluluskan kepada permohonan yang menepati syarat bergantung kepada peruntukan sumbangan sedia ada. Permohonan dibuka bermula 16 Julai 2018 jam 12.01 am dan akan tamat pada 31 Ogos 2018 jam 11.59 pm. Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM6,500,000.
- 4. Apakah syarat-syarat permohonan SPZAS?
Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.
- 5. Adakah pemohon perlu melampirkan sebarang dokumen?
Ya. Terdapat lapan dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air
- Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)
- Borang/Surat Pengesahan Belajar daripada IPT
- Borang Pengesahan Permastautinan
- Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
- Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
Nota:*Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.
- 6.Siapakah yang boleh memohon SPZAS?
Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Sijil
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
- Diploma/Diploma Lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon.
- 7. Adakah mod pengajian separuh masa boleh memohon sumbangan ini?
Ya. Mod pengajian separuh masa turut boleh memohon sumbangan ini.
- 8. Berapa lamakah tempoh kelulusan dan bagaimana kaedah bayaran ini dibuat?
Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).
- 9. Bagaimana semakan pemohonan boleh dibuat? Adakah sebarang maklum balas yang akan diberikan berkaitan status permohonan?
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan melayari laman web LZS di www.zakatselangor.com.my/spzas. Maklum balas status permohonan juga akan diemelkan kepada pemohon.
- 10. Adakah sumbangan ini secara berterusan?
Tidak. Sumbangan tahun 2018 ini adalah secara one-off sahaja.
- 11. Berapakah kadar sumbangan yang akan diberikan?
Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas.
- 12. Saya telah menerima Bantuan Dermasiswa dibawah tajaan LZS. Adakah saya layak untuk memohon sumbangan ini?
Asnaf fakir, miskin, muallaf dan Fisabilillah yang menerima tajaan pendidikan LZS tidak layak memohon SPZAS.
- 13. Siapakah yang layak memohon SPZAS ini?
SPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan. - Golongan pertengahan adalah golongan yang berada di luar daripada garis kecukupan Haddul Kifayah serta isi rumah yang berpendapatan 40% (peratus) terendah di dalam masyarakat. Golongan ini juga paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup.
- Ini kerana sumbangan yang diberikan adalah dengan menyantuni keseluruhan golongan Muqaddam(awal) terlebih dahulu dengan keutamaan agihan zakat kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf melalui penajaan penuh Dermasiswa Pendidikan. Setelah itu, agihan zakat dipanjangkan kepada golongan Muakhar(akhir) seperti asnaf Fisabilillah yang terdiri daripada golongan berpendapatan pertengahan.
- Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
- SPZAS dibuka kepada pelajar semester dua dan ke atas bagi memastikan pelajar tersebut masih belajar di pusat pengajian tinggi dengan turut mendapat pengesahan daripada pihak IPT.
- Sumbangan ini tidak dibuka kepada pelajar luar negara kerana peruntukan yang terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar Selangor dalam negara sahaja.
- 19. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, di manakah perlu saya rujuk?
Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.
Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) Dibuka Mulai 16 Julai 2018Â memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.