Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 Bermula 19 Julai 2018

 

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 ini adalah pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Umum sedia maklum, Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2019/2020 kini dibuka iaitu bermula pada 19 Julai dan akan berakhir pada 30 November 2018 ini.

Permohonan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian (online) pada pautan URL berikut:

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

PROGRAM DAN JURUSAN
YANG DITAWARKAN

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan:-

Program Matrikulasi Sistem Dua Semester:

  1. Jurusan Sains 
  2. Jurusan Kejuruteraan 
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

 

Program Matrikulasi Sistem Empat Semester Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019.
  2. Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.         

CARA PERMOHONAN

Permohonan Melalui Internet

  1. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP).
  2. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
  3. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP. iii. No. Pin 5 digit.
  4. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
  5. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.
  6. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan.
  7. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
  8. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.
  9. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.
  10. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.
  11. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

 

SEMAKAN

  1. Pemohon boleh mengemas kini maklumat pada awal Februari 2019.
  2. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 Bermula 19 Julai 2018 memberikan informasi terkini buat semua dan juga semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.